CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kronologi Kes Kematian Muhammad Zaharif

18-12-2023 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9610| Komen: 12

Kuala Lumpur: Kisah kematian Muhammad Zaharif yang meninggal dunia selepas dilanggar lari kenderaan berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, hangat diperkatakan rakyat Malaysia.


Foto: Harian Metro

Berikut adalah kronologi kes berkenaan:

15 Disember 2023

Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, meninggal dunia selepas dipercayai diseret kereta yang melanggarnya sejauh lebih lima meter, kira-kira 12.30 tengah hari.
Kisah kematian Muhammad Zaharif hangat diperkatakan rakyat Malaysia yang mahu pegawai kanan polis didakwa menyebabkan kematian calon SPM itu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman setimpal.
Pegawai kanan polis berusia 44 tahun ditahan berhubung kematian Muhammad Zaharif.
16 Disember 2023

17 Disember 2023

Keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif melantik peguam bagi menuntut pembelaan atas kematian mangsa.

Peguam Negara memaklumkan pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian Muhammad Zaharif akan dituduh atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Ipoh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, keputusan mendakwa pegawai kanan polis itu menunjukkan bahawa siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah telus dan pegawai kanan polis berkenaan akan ditahan kerja.

18 Disember 2023

Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa membunuh Muhammad Zaharif. Dia mengangguk faham selepas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret S Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan pertuduhan di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi. Mahkamah membenarkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes.
Petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan berkenaan. Jurugambar juga tidak dibenarkan memasuki halaman mahkamah kecuali petugas BERNAMA. Ketika dibawa memasuki dalam mahkamah, tertuduh disungkup dengan jaket untuk menutup wajahnya. Tertuduh juga menaiki kenderaan polis bercermin gelap untuk mengelakkan wajahnya dirakam. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 18-12-2023 07:39 PM
nk tau jugak ape punca bergaduh smpi kena seret tu
Quote sayurmayur88 19-12-2023 08:19 AM
1. kita bukan lah antara dua org iaitu si tertuduh dan terbunuh
2. kita tak berada dekat dgn kejadian tu
3. kita tak dengar dari kedua2 pihak
Quote pengecatbintang 19-12-2023 09:27 AM
angin tak ribut tak..

apasal tetiba langgar n seret?
Quote salimrock 19-12-2023 10:20 AM
semua ckap ezjoz zharif tu standard, boleh sapa2 lampir kan bukti?
Quote Mary_jane 19-12-2023 10:34 AM
Takde lagi ke tampil dengan bukti cctv? Yang berlegar kat X tu tak clear sangat. While SKMM dah keluar statement jangan share video demi hormati keluarga mangsa. Moga truth prevails.
Quote menjad 19-12-2023 10:34 AM
Yg sorang tak sabar dan baran

Yg sorang lagi jiwa muder, eksyen lebih, preng sana sini, lagi org benci hah lagi lama preng dia bagi.

Sudahnya begini lah... Yang merana sedih tuh ahli keluarga terdekat. Bini yg nak hadap org luar da habih imej tercalar. Mgkin boleh depresss oiii klau tak kuat.

Kita2 ni apa pun buat biar berpada² baru harmoni.
Quote sayurmayur88 19-12-2023 12:42 PM
menjad replied at 19-12-2023 10:34 AM
Yg sorang tak sabar dan baran

Yg sorang lagi jiwa muder, eksyen lebih, preng sana sini, lagi org be ...

setuju 100%
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:51 PM
Quote tumpanglalu74 8-9-2024 04:42 PM
Semoge terbele..
Quote bbalik 9-9-2024 10:09 AM
buku bertemu ruas
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:20 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:33 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.106691 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top