Kuala Lumpur: Umur belum mencecah 40 tahun, sepasang suami isteri sudah dikurniakan 11 cahaya mata. Malah etika ini, Shamsuri Shafie, 39, dan isteri, Rosnaida Ismail, 37, sedang menanti kehadiran cahaya mata ke-12 yang dijangka dilahirkan Julai depan.
Pasangan berasal dari Kelantan itu ada lima anak perempuan dan enam lelaki berusia dua hingga 18 tahun yang jarak usia mereka antara setahun hingga dua tahun. Berkongsi kisah mereka, Shamsuri berkata, dia dilahirkan dalam keluarga besar dengan 13 adik-beradik seibu dan sebapa yang menjadikan dia tidak kisah dikurniakan ramai anak. Menurutnya, dia berkahwin pada usia 21 tahun ketika menuntut di kolej universiti Islam dengan isterinya, baru berusia 19 tahun, juga penuntut universiti, berdasarkan persetujuan kedua-dua keluarga. "Ketika bergelar pelajar, kami ada tiga anak. Saya masih ingat, ketika itu saya buat kerja sebagai perawat Islam dan pembekal pakaian terpakai selepas tamat kelas," katanya yang menetap di Seri Manjung, Perak.
Ahli perniagaan dan pengasas pusat rawatan Islam itu berkata, dia gembira kehidupannya dan isteri diserikan dengan kehadiran ramai cahaya mata. Dia menyifatkan setiap anak ada rezeki masing-masing yang ditetapkan Allah SWT. "Anak adalah rezeki dan keputusan memiliki anak ramai dipersetujui bersama. Kami didik anak mengikut acuan agama kerana pembentukan diri kita bermula daripada agama. "Alhamdulillah, rezeki Allah SWT sentiasa ada dan kita sebagai ibu bapa perlu berusaha mencarinya dan yakin dengan Allah SWT. Saya bersyukur, setakat ini, kami berasa mudah menjaga semua anak dan kehadiran mereka memeriahkan hidup. "Tiada istilah tertekan dengan jumlah ramai, malah mereka anak yang memahami keluarga dan dalam mendidik anak kami solat berjemaah setiap waktu. Selain itu kami membaca Yassin dan surah seperti al-Mulk bersama," katanya yang aktif menjalankan kerja dakwah. Sementara itu, Rosnaida berkata, dia tidak pernah berasa terbeban, malah bersyukur memiliki anak ramai serta gembira menguruskan rumah tangga tanpa pembantu, malah semua anak juga ringan tuklang. Katanya, memiliki ramai anak pasti mempunyai cabaran terutama apabila setiap anak ada karenah dan ragam masing-masing, namun dia dan suami menggunakan konsep layanan sama rata. "Kami tidak bezakan anak supaya mereka tidak berasa tersisih kerana ada ramai adik-beradik dan sambutan hari lahir diraikan bersama kerana dalam satu bulan, ada dua atau tiga anak lahir pada bulan sama. "Cabaran mendidik anak memang ada terutama meningkat remaja, tetapi kami percaya dengan didikan asas agama, ia sangat membantu. Semua anak diasuh membantu dan hidup bertolenrasi serta muafakat. "Ramai anak, banyak juga ragam, tetapi saya tegas dengan mereka. Saya menegur kesalahan serta memberi penjelasan supaya faham apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Alhamdulillah, mudah menjaga mereka," katanya. Suri rumah itu berkata, berkaitan perbelanjaan keluarga, dia memastikan semua terkawal dan dilakukan lebih awal seperti persediaan Aidilfitri dan persekolahan. "Kalau Aidilfitri, sebelum Ramadan, saya 'cuci mata' dulu dan kami biasa memakai warna sama apabila keluar untuk memudahkan kami memantau anak. "Saya seperti suami, gembira jalani kehidupan ini dan kami tidak tetapkan had berapa orang anak, andai ada rezeki lagi selepas ini dan badan sihat, kami terima dengan kesyukuran," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
salimrock replied at 18-12-2023 03:15 PM
tp kalo berkemampuan, aku rasa si bapak /suami tu selfish patut bahagi kan 2 atau 3 isteri...
...
vanillaninja replied at 18-12-2023 03:09 PM
Kalau ada kemampuan, kebajikan anak2 semua terjaga takde sape pun nak bising kalau anak ramai2 ni. G ...
kita sebagai ibu bapa perlu berusaha mencarinya
ADVERTISEMENT