CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jodoh Rahsia Allah, Jangan Keterlaluan Menghentam

18-12-2023 02:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12061| Komen: 47

Description: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50, menegur segelintir pihak agar bersangka baik terutama berkaitan jodoh seseorang.Tegas Nora, berpada-padalah dalam menurunkan komen di media sosial kerana setiap manus ...
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 50, menegur segelintir pihak agar bersangka baik terutama berkaitan jodoh seseorang.

Tegas Nora, berpada-padalah dalam menurunkan komen di media sosial kerana setiap manusia akan diuji dengan perkara yang mereka benci.



“Jodoh adalah rahsia Allah, sama seperti ajal. Dulu saya pernah cakap tidak mahu berkahwin lagi.

“Namun kita tidak tahu apa akan terjadi kepada kita kemudian hari. Sama seperti ajal dan rezeki.

“Orang boleh bercakap apa sahaja. Semestinya mereka boleh menurunkan komen tapi jangan berlebihan, kerana Allah akan uji apa yang kita tidak suka,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Nora mengulas mengenai selebriti yang memilih untuk kahwin lagi. Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu juga berpendapat setiap orang berhak berasa bahagia dan mengajak masyarakat mendoakan kebaikan buat mereka.


“Orang kalau nak bercakap, mereka akan bercakap apa sahaja. Tapi kata-kata itu tak memberi kesan kepada mereka (pengantin).

“Mereka ada hak untuk bahagia sama seperti kita yang inginkan kebahagiaan juga,” tambahnya.

Sebelum ini, komposer juga suami Nora, Johan Nawawi, menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2017.

Nora mendirikan rumah tangga dengan seorang pensyarah, Dr Rushdi Ramli pada Disember 2021 selepas lama menyendiri.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 18-12-2023 02:13 PM
diamlah acik kepam
Quote black_handbag 18-12-2023 02:13 PM
gitewwwwwwww
Quote I.K.A888990 18-12-2023 02:17 PM
okaaaay nek
Quote kakJOYah 18-12-2023 02:20 PM
sebab kau amik laki orang, tiba2 la nak rahsia Allah bagai
cuba orang amik laki kau, lain pulak jawapannya
Quote azalia72 18-12-2023 02:44 PM
Netizen cuit si Yuhada di sana, hati dia pun tercuit2 juga
Quote menjad 18-12-2023 02:48 PM
Mmg lah rasia Allah. Tapi kita dikurniakan akal yang waras sebelum menerima pinangan. Terangan pihak sana ada bini yang terus amik hak org dah kenapa. Dah tuh ko yg lebih2 terasa pahit nya. Belah sana berkicau pung tidak.

Choiiiii
Quote edoraixora 18-12-2023 02:59 PM
dah kahwin tu kahwin lah
tapi jangan jadi macam isrohell, nk bolot sorang2
Quote slyfynx 18-12-2023 03:07 PM
Terasa la tu.
Quote rosevelvet 18-12-2023 03:08 PM
Ko nk salahkan takdir Allah ke acik
Quote gampang2 18-12-2023 03:24 PM
Semua nak longgok...jgn tak longgok
Quote winky1 18-12-2023 04:32 PM
Pasal Olaf lah ni. Cubit peha kiri
Quote animcute 18-12-2023 10:16 PM
keluar dari ICU, benda jodoh yg kau sebok kan ... ?  tak teringat benda lain ke or dah terasa guilty?
Quote MeowPARSI 18-12-2023 10:26 PM
Kene ingat ye,, suami bukan hak mutlak isteri,,, suami tu hak mutlak Allah,, pinjaman je utk kita..

Berdoa laaa supaya kita x dimadukan,, aku pun x gamak nak berkongsi kotey,,

Cuma nya,, xde angin ribut pokok bergoyang,, it takes two to tango.. 2x5 je dgn pak incik nya,, nak menikah juger dgn nowaaaa...

BTW,, aku bnyk kali ckp ngan laki sendiri,, nak kawin lg,, bg tau laaa,, kawin je laaa,, cari je laaa pompuan lain,, tp aku mmg angkat kaki.. Malaih aku kongsi kotey hahahahaha,,
Quote mizzelly15 18-12-2023 10:38 PM
Dh ambk laki org mmg la takdir…cer laki dia yg kena ambk…x cukup tnh meroyan
Quote AnnaSendin 18-12-2023 10:51 PM
Diamlah penyondol play victim. Sheols dah boleyh menjawat jawatan setiausaha penyondol malaya. Sitilipis presiden kerna kalis kecaman netijen.
Quote sharlenetexas 19-12-2023 12:44 AM
Jikalau acik nowa dapat adik baru, masih mampu beri statement seperti di atas ke?


Quote Skyline_84 19-12-2023 12:46 AM
acik nora ni penyondol jugak ke...bitter sgt ni
Quote LembingDayanti 19-12-2023 01:06 AM
dulu kemain abg johan jumpa kat syurga... hujung2 bergetar tek tek jugak hujung2
Quote Skyline_84 19-12-2023 01:17 AM
LembingDayanti replied at 19-12-2023 01:06 AM
dulu kemain abg johan jumpa kat syurga... hujung2 bergetar tek tek jugak hujung2

kemain kan dlu..smpai kan family arwah rimas dgn acik nora ni mcm tkleh move on..terpaling syg laki last2 kawen lain jugak

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 12:46 AM GMT+8 , Processed in 0.046373 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top