CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Bogel Di Atas Tangki Air, Bagi Alasan Tengah Sembunyikan Diri Daripada Orang Tak Dikenali

18-12-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3800| Komen: 9

Bagan Serai: Seorang wanita bogel ditahan polis di atas tangki air milik Lembaga Air Perak (LAP) berhampiran pasar awam di sini memberi alasan mahu menyembunyikan diri daripada diganggu individu tidak dikenali.


Difahamkan, wanita yang dikatakan kurang siuman itu memasuki dan memanjat tangki air terbabit kira-kira 2 petang sebelum orang awam menghubungi pihak berkuasa memaklumkan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Juna Yusoff berkata, sebaik menerima laporan kejadian itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian bersama sepasukan anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai.


Foto: Harian Metro

Beliau berkata, wanita terbabit berjaya dipujuk anggota bomba sebelum dibawa ke Balai Polis Bagan Serai untuk tindakan lanjut.

"Siasatan awal mendapati wanita berusia 39 tahun itu menetap di Kuala Lumpur dan tiba di Bagan Serai kelmarin menaiki kenderaan awam.


"Wanita itu memaklumkan dia menaiki tangki air itu disebabkan mahu menyembunyikan diri dari diganggu individu yang tidak dikenalinya," katanya dalam kenyataannya, malam ini.

Menurutnya, polis kini dalam proses untuk menyerahkan wanita berkenaan kepada keluarganya di Kuala Lumpur.

Terdahulu, orang ramai di kawasan terbabit gempar dengan tindakan wanita itu yang berbogel selepas menaiki tangki air milik LAP berkenaan.

Ketika kehadiran pasukan keselamatan, wanita itu dikatakan melambai tangan ke arah anggota keselamatan terbabit sebelum menyembunyikan diri pada satu ruang di atas tangki itu.

Tidak lama kemudian, wanita itu kelihatan berkomunikasi dengan anggota keselamatan dan sempat meminta pakaiannya sebelum berjaya dibawa turun dengan selamat. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 18-12-2023 12:27 PM
Banyak yang dah mental.
Polis dan Cikgu pun banyak dah jadi zombie, rogol, bunuh orang ikut suka.
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:52 PM
Quote doubleharmonic 9-9-2024 12:41 PM
mana gambar bogel
Quote supernaturalee 9-9-2024 12:52 PM
berangan elisa lam ke sis


Quote Kitty_catz 9-9-2024 01:52 PM
harap2 bukan acik porem yach
Quote kakikuDibibirmu 9-9-2024 02:18 PM
mere yanna tangki satti kurayya marpudel kilometer kalalla

[youtube]lydAItNW8sM[/youtube]
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:20 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:34 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.057537 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top