CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ternganga Tengok Pengasas Bawal Exclusive Pakai Baju RM250,000, Bertatahkan 83,900 Batu Swarovski

18-12-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14325| Komen: 103

Pengasas jenama Bawal Exclusive Haliza Masyuri menggayakan busana berharga RM250,000 pada malam Magnificent Century yang diadakan pada malam Sabtu.

Busana mewah rekaan pereka fesyen Datuk Rizalman Ibrahim menerusi jenama Rizalman Couture itu turut dihiasi 83,900 batu Swarovski dan memakan masa selama setahun untuk disiapkan.


Tidak hanya itu, pakaian berkenaan turut dihasilkan menggunakan tangan sepenuhnya.

Foto: IG

"Saya sudah rancang hasilkan baju ini sejak awal tahun dan akhirnya terhasilkan busana menggunakan fabrik khas dari United Kingdom.

"Ia mengambil masa selama hampir setahun untuk disiapkan memandangkan ia dijahit menggunakan tangan.

"Sebenarnya sebelum berjumpa Rizalman, saya sudah mencari beberapa pereka fesyen di Turki tetapi agak sukaar kerana perlu mencuba dan berulang alik ke sana.

"Jadi satu-satunya pereka fesyen yang dapat memenuhi kehendak saya adalah Rizalman. Apa saya mahu, beliau sudah dapat menjiwainya," katanya.




Haliza berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis makan malam bertemakan Magnificent Century di Sunway Hotel Resort dengan lebih 800 tetamu hadir.

Berkongsi lebih lanjut mengenai busana mewah berona merah itu, Haliza tidak kisah untuk berbelanja lebih sekali gus memberi tanda sokongan kepada pereka fesyen tempatan.

"Saya beli sepersalinan pakaian dengan harga RM250,000 yang dihasilkan orang seni. Why not? Siapa yang tidak kenal dengan Rizalman?

"Malam ini dihadiri oleh pihak Swarovski yang diterbangkan daripada Austria semata-mata untuk majlis makan malam.

"Saya memang nak pihak Swarovski melihat busana saya dan sokongan rakyat Malaysia terhadap Bawal Exclusive," ujarnya.

Pada malam tersebut, Bawal Exclusive turut membuat bidaan untuk rekaan tudung pertama yang dikeluarkan iaitu Bawal Tabur.

Ia bermula dengan harga serendah RM25 serta berjaya dibida dengan harga RM78,000 dan hasil jualan tersebut akan disalurkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin (Malaysia Medical Relief Society).

Malah pada acara berkenaan turut mempamerkan koleksi-koleksi yang direka khas oleh pereka kreatif Bawal Exclusive yang berharga antara RM10,000 sehingga RM113,000.

Acara tersebut juga meraikan pelanggan dari seluruh Malaysia yang banyak menyokong dan menaikkan jenama itu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 18-12-2023 10:47 AM
hauk je..skali imbas macam baju cekta penah pakai
Quote rospinki 18-12-2023 10:52 AM
hauk muka tetap mcm rm2.50
Quote apedehal 18-12-2023 10:54 AM
mamajawie replied at 18-12-2023 10:47 AM
hauk je..skali imbas macam baju cekta penah pakai

Baju pefeeling queen of england zmn dahulu kala ja..version totop kulit
Quote mejaputih 18-12-2023 10:55 AM
hodoh...the less the better
Quote prince_marhaen 18-12-2023 10:57 AM
nampak macam baju sewa costume party RM250 je.... yang pakai pun hauk nau wajah2 founder desa yang feeling.. house of design pulak yang feeling2 ratu england sebab kawan ngan queen.... so, what do you expect.. hehe..
Quote pittjie 18-12-2023 11:03 AM
tetap nampak muka awam.
Quote pittjie 18-12-2023 11:06 AM
sapa ntah yang ternganga tengok. aku rasa ramai lagi yang mencebik. hahahahha
Quote CoffeeOverdose 18-12-2023 11:07 AM
mcm mana erk nk ckp... Urmm.. waima mahal tetap tkda class.. tetap npk murahan from head to toe. duit tk blh beli class dan elegan.
Quote Cyempaka 18-12-2023 11:16 AM
katanya diilham dari gaun Sultanah Hurrem cite Magnificent Century tu..
masalahnya aku tgk cite tu dari siri 1 sampai 4 tak ingat pulak Hurrem ada pakai baju dan mahkota begitu. kau cakaplah 250k ke apa k, orang tgk tetap macam gaun beli kat Taobao
Budak2 tiktok pun bantai gelak tgk dia dok catwalk syok sendiri fefeeling Hurrem
Quote sukacactus 18-12-2023 11:26 AM
Lantak dia la, duit dia
Kucing dia pun pakai memahal
Tuannya apatah lg
Quote sismarkonah 18-12-2023 11:27 AM

kalau Fazura atau Sopia Barkoba pakai MESTI terus nampak macam kuin ingland kan , terpaksalah terima ada masanya sesetengah warna atau design main peranan untuk naikkan seri wajah-wajah awam bukan seperti wajah swasta yang pakai apron Eco pun terus nampak macam brand internasionele

Quote sismarkonah 18-12-2023 11:30 AM
sismarkonah replied at 18-12-2023 11:27 AM
kalau Fazura atau Sopia Barkoba pakai MESTI terus nampak macam kuin ingland kan , terpaksalah ...

antara wajah awam yang consider berjaya nampak pakai baju marhean jadi classy ialah si Syamimia Neutral tu, kak konah tak sokong dia eh cuma nak bgtau ada sesetengah cara dan gaya kalau disesuai padan baju biasa pun nampak class, gitueww
Quote black_handbag 18-12-2023 11:33 AM
huduh. ko ingat ko tu che ta
Quote _kelly 18-12-2023 11:34 AM
sorry baju tu hodoh..sayap apa kiri kanan kat kaki tu
Quote kaseh80 18-12-2023 11:35 AM
Edited by kaseh80 at 18-12-2023 11:36 AM

TetaP  AWAM dan KEPAM rupenya
Bawal much
Designer yg RIak baju nmpk soooo
GAUDY ngat
Quote LoveSungmin 18-12-2023 11:43 AM
1 word, hodoh
Quote syamzana 18-12-2023 11:49 AM
iols sokong segala kejian forumer di atas
Quote Mamason 18-12-2023 11:52 AM
Mungkin Mama xpandai fesyen... tapi biasa2 aje xpadan kot ngan RM250k.  Taste org have2 duit byk xtau nak buat ape... baju mcm tu pun nak beli jugak, utk koleksi maybe... entahlah.
Quote Yoonggi 18-12-2023 11:58 AM
ntah nape but it reminds me of this

vegan-chicken-wrap-sq.jpg

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085637 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top