CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelajar Tingkatan 2 Diugut Rogol Oleh Rakan Sebaya,

18-12-2023 09:26 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7816| Komen: 23

Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua mendakwa menerima ugutan rogol daripada remaja sebayanya selepas dipercayai diganggu ketika duduk bersama rakan-rakannya di sebuah sekolah, di sini, pada Jumaat lalu.


Pelajar perempuan tersebut dikatakan menerima ugutan sedemikian daripada remaja lelaki terbabit selepas menegurnya apabila memandang pada bahagian bawah tubuh badannya.



Bagaimanapun, keadaan bertambah serius apabila pelajar perempuan berusia 14 tahun itu hendak mengadu pada guru sekolah menyebabkan dia dikatakan diserang secara fizikal apabila dipukul pada bahagian atas dada.


Pelajar lelaki itu dikatakan turut menggoncang kepala mangsa selain merentap tudungnya sehingga koyak dan menampakkan bahagian lehernya.


Insiden tersebut diceritakan bapa mangsa sendiri menerusi hantarannya dalam Facebook yang menyedari tudung anaknya koyak ketika hendak mengambilnya pulang dari sekolah.


Menurutnya, ketika berada di luar kawasan sekolah dia menjerit nama pelajar terbabit yang melarikan diri selepas mendengarnya dan insiden tersebut turut disedari sebilangan guru yang berada tidak jauh.


Bagaimanapun, dia tidak berpuas hati apabila terdapat guru yang cuba meredakan situasi dengan mengatakan pelajar lelaki terbabit menghidap autisme dan kerap kali membuat gangguan berunsur seksual terhadap rakan-rakannya.


“Ada cikgu-cikgu di situ cakap budak (pelajar) itu memang banyak kali buat (gangguan) macam ni. Sudah banyak laporan. Bila berdepan dengan cikgu-cikgu, depa (mereka) pun buka cerita yang budak tu autistik. 


“Dengan mimik muka cikgu yang seolah saya dan anak saya buat satu kesalahan besar bila hendak kejar dan mengadu hal ni. ‘Encik tahu tak dia autistik’? Saya tanya balik, kalau dia autistik, bebas untuk buat kekasaran tanpa tindakan? Dia bebas untuk buat serangan seksual tanpa tindakan? Hendak tunggu something nasty berlaku nanti baru hendak ambil tindakan?,” katanya dalam hantaran tular itu.


Tambahnya dalam hantaran sama, dia mengatakan ibu bapa pelajar berkenaan sepatutnya dilibatkan bagi menangani masalah sedemikian.


“Bila sudah berlaku, terhadap anak saya pula, hendak saya berdiam diri? Tunggu sampai betul terjadi baru bertindak. Minta maaf, saya bukan begitu. Libatkanlah ibu bapa dia kalau anak dia tak boleh dipertanggungjawabkan,” tegasnya.


Bapa remaja perempuan berkenaan kemudian bertindak membuat laporan polis selepas tidak berpuas hati dengan reaksi diterima daripada guru-guru sekolah berhubung insiden tersebut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Oqbal Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.02 petang dan membuat tangkapan terhadap suspek hari ini.


“Mangsa dalam kes ini yang merupakan seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah kerajaan menerima ugutan rogol dan dipukul pada bahagian dada oleh seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang dikenali daripada sekolah yang sama,” jelasnya.


Katanya lagi, pengadu mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi kecederaan yang dialaminya. Kes disiasat di bawah seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.


Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 18-12-2023 09:35 AM
Ait budak ni boleh masuk sekolah biasa ke?

Dah banyak kes cikgu2 boleh diam..
Quote mummygreen 18-12-2023 12:20 PM
omg...sekolah mana ni?
Quote I.K.A888990 18-12-2023 02:21 PM
bgtau je la sekolah mana
apo sampai mcm tu
Quote dua_chzy 18-12-2023 02:44 PM
ezacbee replied at 18-12-2023 01:35 AM
Ait budak ni boleh masuk sekolah biasa ke?

Dah banyak kes cikgu2 boleh diam..

Boleh la. Bukan semua mak pak anaknya diagnosed ada masalah mental, mahu anak blaja di PPKI. Lagipun some layak ja masuk sekolah harian biasa.
Quote dua_chzy 18-12-2023 02:45 PM
Edited by dua_chzy at 18-12-2023 06:49 AM

Sebab itu aku tak setuju budak2 autisme terlalu ditatang. Kalau kat sekolah aku, budak2 PPKI ni takleh dimarah lansung. Tapi kat sekolah lama, yang hada kad OKU lembam pembelajaran aku marah ja kalau tidur ka tanak buat kerja dalam kelas. Kat sekolah lama takda aliran PPKI so budak2 ada kad OKU masuk kelas biasa saja.
Quote pengecatbintang 18-12-2023 03:39 PM
nnt ada ler porumer yg simpati ngan pelajar lelaki ni

mcm simpati ngan mat preng2







Quote nono86 18-12-2023 09:20 PM
Elok jugak buat laporan polis, biar cikgu2 tu semua kena sound.. aku dulu  lapor kat cikgu disiplin laki je gangguan lucah2 ni.. tapi ntahla dia handle macam mana.. tapi ada jugak cikgu jantan asyik kata ayat double meaning kat aku, depan2 semua student dalam kelas aku..
Quote otai_g 18-12-2023 09:23 PM
Sp bdk laki tu? Serahkan je pd aku utk dilupuskan. X pyh new order nak pening2 kepala cipta covid utk kurangkan populasi Dunia.
Quote kelapaparut 18-12-2023 09:25 PM
cikgu2 melayu mcm tu babi lah kan, semue nak jage periuk nasi sendiri lantakla anak murid kne rogol
Quote sharlenetexas 18-12-2023 09:30 PM
Autistik bukan lesen utk kacau orang.


Quote Zeatyisaac 18-12-2023 10:11 PM
Tak tahu nak cakap apa, tapi pernah ada satu kes dulu, pesakit lembam ke autism, mengintai orang kat toilet pump station. Mereka sepatutnya dilayan sama seperti orang ramai, tak patut dibiarkan berleluasa. Kalau tak, parents yang patut bertanggungjawab. Macam kes ni, sekolah boleh gunakan report polis tersebut untuk bagitahu parents budak lelaki tu supaya bawa budak tu ke sekolah yang sepatutnya.
Quote namr 19-12-2023 07:07 AM
kecik2 dah nak merogol org..anak sapa ni woi
Quote libra_gurlz 19-12-2023 07:42 AM
ctaf replied at 19-12-2023 06:58 AM
Ada segelintir cikgu,bila ibu bapa mengadu masalah anak dibuli jwpn dia senang je..sy pn tak tahu na ...



betul... sesetengah mak bapak ni tak boleh terima bila ada mak bpak budak lain mengadu psal anak dia..
mcm kes anak aku.. anak aku teruk kena buli dgn budak2 lelaki kelas dia hanya sbb dia bercakap mandarin dengan guru kelas dia..
masa sekolah rendah, anak aku sekolah kat sjkc... bila sekolah menengah, masuk smk biasa.. masalah terjadi bila bdk2 tu tak boleh terima bila anak aku mampu berbahasa mandarin and speaking dengan sgt baik..

Tiap kali anak aku berbahasa mandarin dgn cikgu kelas dia or menggunakan fully english dgn cikgu BI, budak2 kat kelas tu akan ejek2 dia and akan panggil dia as anak cina... aku still sabar sbb anak aku kata dia boleh handle... tapi kesabaran aku tak boleh nak tahan bila anak aku balik sekolah nangis2 sbb budak laki tu baling botol air tepat kena kepala anak aku and beg sekolah anak aku terkoyak sbb bdk laki tu dok tarik2 beg..

seblum jadi kes baling botol tu, dh byk kali aku mengadu dgn cikgu sekolah... jawapan is kita akan nasihatkan budak tu.. budak sekolah menengah umur 13 tahun mana nak dengar kalau takat bagi nasihat.. bila anak aku kena baling botol, aku terus up dlm grup kelas minta mak bapak budak laki sekian2 nama sila pm aku.. ada perkara nak kena selesaikan..

mak budak tu wasap aku.. aku terus bukak cerita perangai buruk anak dia tu.. and yes, mak dia tak caya sbb katanya anak dia baik jer kat rumah.. pijak semut pun tak mati.. aku terus bukak cerita pasal anak dia ejek anak aku sbb pandai berbahasa lain selain melayu, aku cerita kat mak dia psal baling botol kat kepala anak aku.. then budak tu kata botol tu terkena jer kat kepala anak aku.. dia nak baling kat tempt lain tp terkena anak aku.. dia twist cerita weh.. bila aku argue mcm2 beserta bukti, mmg mak budak tu diam seribu bahasa... and ayat last yg aku bagi kat mak dia andai kata lepas ni anak aku ada bukak mulut lagi dia kena ejek or kena buli, aku tak teragak2 akan bawak hal ni ke peringkat lebih tinggi.. even aku tak takut nak bawak kes ni sampai ke pihak polis sbb anak dia ni dah masuk kategori pembuli.. And Alhamdulillah now anak aku dpt belajar and pegi sekolah dgn aman damai... Budak tu pn tak berani nak dekat dah dgn anak aku..

Quote mejaputih 19-12-2023 07:45 AM
Bahaya dibiarkan...
Quote Thisiumok 31-3-2024 12:39 PM
@geometry dash world

Kekerasan dan ancaman seksual merupakan masalah serius yang mempengaruhi kesejahteraan fisik dan mental korban. Penting bagi masyarakat untuk berperan aktif dalam memerangi kekerasan seksual dengan mendukung korban dan memastikan mereka mendapatkan perlindungan dan keadilan yang mereka butuhkan.
Quote syamzana 31-3-2024 12:50 PM
uihhhh takkan cikgu biarkan je.
tak igt ke kisah bdk autism ke apa yg tiba2 pegang miss v bdk pompuan kat resto blh makpak dia ckp ok je mcm2 la. kalau dibiarkan mmg blh jadi kes rogol ni.

bdk tu kalau peel dah camtu patut cikgu inform makpak suh buat apa yg patut dan masuk la kelas ppki.
dulu kat sek anak iols ada bdk mmg hazab peel dia tatau la autism ke apa tp merokok, kacau kwn2 (melibatkan fizikal yg agresif) mcm2 lagi la. mmg cikgu inform makayah tp entah la mcm takde respon pun last2 sampai sudah tak dtg sek. agaknya sek smpai form 2 je la kot.
Quote bedahmenjuyah 31-3-2024 01:10 PM
Acik amazon tersenyum sinis
Quote hokeypokey 31-3-2024 03:06 PM
hangin gak aku baca jawapan cikgu tu
Quote nw111 31-3-2024 06:04 PM
Pening aku baca article wartawan cap ayam gred f

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.042906 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top