CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Gemar Minum 'Bubble Tea' Dibedah Buang 300 Batu Karang

17-12-2023 05:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 30484| Komen: 8

Taiwan: Lebih 300 batu karang dikeluarkan dari buah pinggang seorang wanita berusia 20 tahun selepas dimasukkan ke hospital kerana demam dan sakit belakang yang teruk.

Doktor mengesan Xiao Yu mengalami bengkak buah pinggang yang dipenuhi batu, menerusi penggunaan alat ultrabunyi di sebuah hospital di Tainan, Taiwan.



Pihak hospital melakukan rawatan antibiotik dengan mengalirkan cecair dari buah pinggang dan melakukan pembedahan invasif untuk membuang batu yang menyerupai roti kukus kecil.

Imbasan CT mendedahkan, batu karang itu berukuran kira-kira lima milimeter hingga dua sentimeter serta terdapat peningkatan jumlah sel darah putih.

Dr Lim, yang melakukan pembedahan itu memberitahu, pesakit itu lebih suka meminum teh bubble (boba) berbanding air kosong.

Bagaimanapun, batu karang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk kecenderungan genetik, penyakit kronik, dan diet yang kaya dengan kalsium dan protein.


Keadaan pesakit dilaporkan stabil selepas pembedahan dan telah keluar dari hospital. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyDee88 17-12-2023 08:23 PM
ngeriii.. pnh menjd consumer tegar bubble tea ketika muda remaja tp skrg no more
Quote Zack8hunter 17-12-2023 10:01 PM
jap.. i is confuse.. isu sbnrnya dia tak suka minum air kosong jer kan? sbb tu ada batu karang? takde kaitan dgn bubble tea tu
Quote sayurmayur88 18-12-2023 07:31 AM
sakit weyhh kena batu  karang ni !!!!
Quote duri_durians 18-12-2023 08:25 AM
Zack8hunter replied at 17-12-2023 10:01 PM
jap.. i is confuse.. isu sbnrnya dia tak suka minum air kosong jer kan? sbb tu ada batu karang? takd ...

rasanya itu la isu sebenar.
sngaja diolah supaya nmpk kesalahan kt bubble tea
Quote BawangCaramel 18-12-2023 01:11 PM
Tepubg ubi kayu yang digunakan untuk buat boba pearls ni tinggi dengan kandungan oxalate.
Makanan yang tinggi oxalate yang membentuk batu karang.
Reference buku toxic superfoods, author Sally k. Norton
Quote cm_vungtau 18-12-2023 01:42 PM
Zack8hunter replied at 17-12-2023 10:01 PM
jap.. i is confuse.. isu sbnrnya dia tak suka minum air kosong jer kan? sbb tu ada batu karang? takd ...

Dulu ada jadi kes, bubble tea ni susah nak digest. Ada orang yang selalu minum, bila operate perut, banyak gila jumpa bubble tea ni. So kalau nak minum, jangan minum banyak2 lepas tu kunyah betul2
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:55 PM

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.315434 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top