Tiada angin tiada ribut, penyanyi Sufian Suhaimi membuat kejutan apabila mengumumkan menarik diri beberapa jam sebelum berlangsungnya Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM), hari ini. Tanpa menjelaskan lebih lanjut tindakan tersebut, Sufian, 31, yang sepatutnya membawakan lagu Budi itu hanya menzahirkan penghargaan terhadap sokongan peminat.
“Assalamualaikum. Berat hati saya ingin memaklumkan lagu Budi tidak akan bertanding di Separuh Akhir Muzik-Muzik kali ini. “Terima kasih buat semua yang mengundi dan memberikan sokongan buat lagu Budi,” katanya menerusi perkongsian Instagram hari ini. Sementara itu, pelantun lagu Terasa Ada itu tidak ketinggalan menitipkan pesanan buat rakan-rakan seperjuangan lain. “Tahniah dan selamat maju jaya buat rakan-rakan yang bertanding,” tulisnya lagi. Lagu Budi yang sepatutnya dipertandingkan hari ini merupakan single nyanyian Sufian bersama-sama Luca Sickta dan Kmy Kmo.
Selain Budi, ada enam lagu lagi yang bakal bertanding di studio NTV7 Glenmarie petang ini iaitu Santai, Berubah, Selagi Ku Ada, Bintang, Darah, Aku, Hati Dan Perasaan, Di Sebalik Rahsia dan Dua Darjat. Setakat ini masih belum ada apa-apa kenyataan lanjut daripada penyanyi itu bagi menjelaskan tindakannya itu. Sumber: Kosmo! Online |
Body_language: Kalau ikut kenyataan Pian, dia ...
imransulaiman replied at 17-12-2023 07:24 PM
Pulak dah. Digugurkan? Bukan tarik diri lah ye?
Mary_jane replied at 18-12-2023 12:42 AM
Baby pian dah announce belum pasal tunang?
Mary_jane replied at 18-12-2023 12:42 AM
Baby pian dah announce belum pasal tunang?
asma87 replied at 18-12-2023 01:01 AM
Kenapa putus tunang lagi ke?? Kalau betul, mmg kena bawak mandi bunga la baby pian
ADVERTISEMENT