CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rogol Budak 12 Tahun, 4 Sekawan Dipenjara 16 Tahun

17-12-2023 04:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13282| Komen: 14

Kuala Terengganu: Perbuatan serakah empat sekawan merogol berkumpulan seorang budak perempuan berusia 12 tahun pada tiga tahun lalu berbalas apabila mereka dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.


Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua tertuduh iaitu Muhammad Farizal Fauzi, 20, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 24, Muhammad Ghardafi Abdullah, 23, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 26.



Beliau memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun.

Mereka didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di sebuah ladang sawit di Ketengah Jaya, Dungun antara pukul 9 sehingga 11 malam, 29 September 2020.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun mendakwa diperkosa sekumpulan lelaki di dalam sebuah ladang kelapa sawit di Ketengah Jaya.


Sebelum kejadian, mangsa yang sedang menunggang motosikal untuk mengambil ibunya yang berniaga di sebuah pasar malam telah dihimpit sebuah motosikal dinaiki dua daripada tertuduh.

Kemudian, suspek bertindak membawa mangsa ke dalam ladang kelapa sawit sebelum merogolnya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 17-12-2023 04:19 PM
Edited by 3chanceno at 17-12-2023 04:20 PM

Sikit sangat tu hukuman,.keluar nanti masih muda. Sebatan patut jugak cos perangai cam setan  kesian mangsa trauma seumur hidup.
Quote B40tastePosh 17-12-2023 04:20 PM
Pakaikan penis cage.
Quote Binodino 17-12-2023 05:52 PM
Pesalah seksual ni eloklah diletak kat sebuah pulau lepas dibebaskan. Pandai2 la dorang puaskan nafsu tu. Kalau dibebaskan di kalangan orang awam risau teringat kenangan lama pulak, lepas tu mula la nak buat balik jenayah tu. Ibarat macam penagih dadah la. Kalau lepas keluar dari rehab tu jumpa geng2 lama yang sama2 menagih, terjebak lagi.
Quote Friska 17-12-2023 05:54 PM
Kayak berita dari Utar Pradesh, India ya
Quote dua_chzy 17-12-2023 08:03 PM
Sempat lagik gelak2 sekor tuh, phuih! Buat abis duit cukai rakyat jah kasik makan korang dalam penjara!
Quote dua_chzy 17-12-2023 08:04 PM
Jahat nak mampus, eiiii! Anak sapa la ni keturunan syaitan sangat!
Quote sang_kuriang 17-12-2023 08:06 PM
Astaghfirullahalazim,  patut kasi je dorang ni - dah smpi masa kerajaan ketatkan lg hukuman jenayah rogol mcmni
Quote dua_chzy 17-12-2023 08:06 PM
Yang maknya pun ntah kenapa ka kan suruh anak pompuan ambik kau tengah malam camtu, ngok betul! Tak boleh ka kau atur kereta sewa ka apa2 means of transport untuk kau sewa untuk ambik kau, eiiiiiii!!!!!!!!
Quote I.K.A888990 17-12-2023 08:10 PM
kau tgh gelak ke apa tu setaaannnnnnn
elok biar mati je si lahanat2 ni
Quote menjad 17-12-2023 08:15 PM
Ngan budak underage pung konnak sebat ek. Salam ramai2 mmg xder yang rasional semua bernafsu giler... Patut penjara seumur hidup.
Quote Zack8hunter 17-12-2023 10:03 PM
potong jer pelir diorg.. dasar jantan taguna..
Quote nono86 17-12-2023 10:12 PM
Ni memang jahat, patut hukuman lagi berat.. dan sebab sampai mati nafsu konek tu
Quote ipes2 17-12-2023 10:23 PM
Bahaya pada masyarakat mereka ini; paedophile pulak lagi. In many countries, mereka ini di bully dlm jail
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:55 PM

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.045929 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top