CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Barang Harga Kurang RM500 Dijual Dalam Talian Bakal Dicukai Mulai 1 Januari

16-12-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 33718| Komen: 91

Kuala Lumpur: Malaysia akan mula mengenakan cukai jualan sebanyak 10 peratus ke atas barang bernilai rendah yang dijual secara dalam talian mulai 1 Januari 2024, demikian menurut Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam).

Malaysia sepatutnya mengenakan cukai barang bernilai rendah sebanyak 10 peratus ke atas barang berharga di bawah RM500 yang dijual secara dalam talian berkuat kuasa 1 April, 2023, di bawah Belanjawan 2022, tetapi ditangguhkan oleh Kastam pada Mac tahun ini.



Menerusi soalan lazim mengenai cukai jualan barang bernilai rendah yang diterbitkan di laman sesawang Kastam pada 6 November 2023, jabatan itu berkata, pengenaan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah akan bermula pada 1 Januari 2024, walaupun perundangan cukai jualan ke atas barang bernilai rendah berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023

Kastam mentakrifkan barang bernilai rendah sebagai semua barangan tidak termasuk rokok, produk tembakau, minuman keras yang memabukkan, rokok elektronik, dan penyediaan sejenis yang digunakan untuk merokok, yang dijual pada harga tidak melebihi RM500, dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara.

Mereka yang menjual barang bernilai rendah di platform dalam talian atau mengendalikan pasaran dalam talian untuk penjualan dan pembelian barang bernilai rendah mesti mendaftar dengan Kastam, jika jumlah nilai jualan barang bernilai rendah yang dibawa masuk ke Malaysia melebihi RM500,000 dalam tempoh 12 bulan.

Secara berasingan, Kastam turut menerbitkan satu set garis panduan mengenai pelaksanaan cukai jualan barang bernilai rendah di portalnya bertarikh 3 November 2023.

Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang JKDM di http://www.customs.gov.my/en/pages/main.aspx.

Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kaedahnya 16-12-2023 11:35 PM
POV penjual: cemana pulak la SOP dia tu. macam GST dulu ke?
Quote otai_g 17-12-2023 12:19 AM
Tanda2 kerajaan dah x cukup duit. Knp x cukup duit? 1 sebab jer. Ketidakcekapan tata kelola. Cthnya wujudkan jawatan ntah apa2 dlm kerajaan, 1 org punya job assign smpi 5 orang
Quote tumpanglalu74 17-12-2023 12:24 AM
kaedahnya replied at 16-12-2023 11:35 PM
POV penjual: cemana pulak la SOP dia tu. macam GST dulu ke?

Masokkan dalam resit.  Yang kene bayor engkau & aku..  
Quote gigahertz 17-12-2023 01:06 AM
kaedahnya replied at 16-12-2023 03:35 PM
POV penjual: cemana pulak la SOP dia tu. macam GST dulu ke?

Kastam akan caj pada fowarder @ agent.
agent @ fowarder akan caj pada user @ customer.
biasanya kalau barang tu below 1kg @ per unit
mmg kena la. macam orang yang buat trading
walaupun satu barang tu kos dia RM 0.10 sen
tapi dia order in bulk lebih RM 500 dia tak akan kena,
dan tak sepatutnya harga barang naik
Quote kakikuDibibirmu 17-12-2023 01:47 AM
Lazada dan Shopee tersenyum sinis
Quote ina_na 17-12-2023 01:54 AM
Lps ni kn pakat gan jiran2 la..Oder sekali gan dia org dr satu seller...brg sampai agih2 Kan..nk jimat 10% tax nye pasal..hehehe
Quote zuuu 17-12-2023 05:16 AM
Dah xleh nk enjoy shopping kat shopee lagi dah start 1 jan 24 ni...
Quote monreyes 17-12-2023 05:28 AM
bye bye je la shopping on9..kekadang pun beli brg mengarut je..
Quote monreyes 17-12-2023 05:30 AM
ikan bilis jugak yg dikacaunya...
Quote cranell 17-12-2023 05:36 AM
untuk barang import je ke atau local sekali?
Quote Belibis 17-12-2023 07:22 AM
Dah bagi 100 hengget kannnn?? Mula la nak kutip balik.
Quote Antifake 17-12-2023 07:26 AM
We are at the bottom of the food chain. Golek sana kena duri golek sini kena duri.
Quote mojarean_X 17-12-2023 07:45 AM
YES!!! I LOVE BANG NON
Quote testly 17-12-2023 07:49 AM
Klau dulu, kerajaan yg nak perkenalkan cukai itu ini dilabel kerajaan yg akan dijatuhkan. Adakah akan berulang.....
Hihihihihi....xtau lah aku...
Quote arnauld 17-12-2023 08:00 AM
Time kempen khinziiiiir pun boleh terbang... benda singgit pun dia tax hahahahahaha adan uke dah baru buat hutang 200biliyoooooon, rakyat la bayar
Quote arnauld 17-12-2023 08:02 AM
arnauld replied at 17-12-2023 08:00 AM
Time kempen khinziiiiir pun boleh terbang... benda singgit pun dia tax hahahahahaha adan uke dah bar ...

Anyway jgn marah dulu simpan sikit utk pmxi hahaha mat sabu coming
Quote JunkMail 17-12-2023 08:23 AM
Hampaaaa...tak dapat lah nak enjoy enjoy shopping bukan bukan kat shopee lagi. Taik lahh
Quote AkokKocik 17-12-2023 09:04 AM
cranell: untuk barang import je ke atau ...


Baru nak tanya, alahai makin mahai rega barang, dahlah ada brg tu xde jual d pasar, kena beli d shopee gak.
Quote cmf_premierleag 17-12-2023 09:17 AM
"dan dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, laut atau udara."
Kimaknya gomen bang non nih

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.061310 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top