CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zainal Abidin Dedah Pernah Berebut Lagu Dengan Celine Dion

16-12-2023 05:21 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 33178| Komen: 23

Description: PenyanyiDatuk Zainal Abidin mendedahkan lagu berjudul Puteri yang dirakamkan pada tahun 2004 pernah menjadi rebutan penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion. Menerusi satu temu bual, Zainal menjela ...

Penyanyi Datuk Zainal Abidin mendedahkan lagu berjudul Puteri yang dirakamkan pada tahun 2004 pernah menjadi rebutan penyanyi terkenal antarabangsa, Celine Dion.

Menerusi satu temu bual, Zainal menjelaskan bahawa lagu Puteri telah mendapat perhatian Celine Dion namun dia dan pihak syarikat rakaman terlebih dahulu membayar untuk memiliki hak lagu tersebut.

"Lagu ini sebenarnya dah pun dibeli dan ditempah tapi belum dibayar oleh Celine Dion. Dalam Bahasa Inggeris lagu ini berjudul Heart Don’t Lie.

"Lagu ini sudah berada di ‘rak-rak’ mereka, maka saya dan pihak Warner Music Malaysia bayar lagu itu dan dijadikan lagu Puteri yang saya nyanyikan," katanya.

Difahamkan, penyanyi antarabangsa tersebut ada menghubungi Zainal berhubung isu lagu berkenaan sehingga berlaku konflik antara mereka namun diselesaikan dengan cara baik. 

"Apabila saya rakamkan lagu tersebut dan didengar oleh Celine Dion, dia marah. Dia telefon saya dari Kanada secara terus mengatakan bahawa dia ingin mengambil kembali lagu itu. Pertengkaran kecil berlaku. Saya kata ‘ini bukan lagu awak lagi, ianya telah dibayar dan menjadi hak Warner Music Malaysia’.

"Maka sudah tiada masalah dengan Celine Dion, kami berkawan, sekali sekala kami hantar mesej tanya khabar antara satu sama lain.

Bagaimanapun, lagu Puteri tidak dapat memasuki mana-mana pertandingan muzik dalam negara berikutan pencipta asal lagu itu bukan dari Malaysia. "Lirik saya sudah lupa siapa yang terjemah tetapi lagu itu tidak boleh dipertandingkan kerana penulis, penggubah dan pemilik asal lagu bukan rakyat Malaysia.

"Saya rasa lagu itu memiliki tarikan tersendiri dari segi melodinya dan lirik yang baru, ia sangat tepat dengan pasaran Malaysia," ujarnya.



Sumber: Oh Bulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lovelytouch 16-12-2023 05:30 PM
Lagu ni mmg ada vibe2 intrnational
Quote shernazz 16-12-2023 06:05 PM
Iols mmg suka Lagu ni..
Pastu tetibe Johan nyanyi Lagu ni dalam cite ape entah
Dah iols asik la teringat Johan nyanyi je
Quote fadz84 16-12-2023 06:17 PM
Oh patutlah lagu Puteri tu bunyi international.. org luar yg cipta rupanya.. popular gak lagu tu dulu..
Quote imanjannah 16-12-2023 06:35 PM
antara lagu Zainal yg iols suka
Quote jihyomelly 16-12-2023 08:19 PM
sedap acik jenal nyanyi lagu puteri..amboi acik jenal 2 3 menjak ni ada je thread acik jenal..
Quote izat123 16-12-2023 08:30 PM
Amboi sekali sekala bertanya khabar dengan Celine Dion. Power Acik Jenal haha
Quote AWEKSAMURAI 16-12-2023 09:34 PM
Suka gila lagi puteri ni mmg best
Quote sleepandream 16-12-2023 11:13 PM
acik celine sekarang tgh sakit kan...
tak pg visit ke?

Quote Cyempaka 16-12-2023 11:34 PM
Aku pun sangat suka lagu Puteri. Boleh dengar ulang ulang
Quote ashilalat 17-12-2023 12:35 AM
Masalahnya kalau lagu Puteri tu ciptaan lokal pon, berani ke Acik Jenal nak bertanding acara mcm AJL ni?

Acik Jenal dgn Acik Shila Majid antara penakut yg x mau bertanding benda2 live gitu kan?
Quote annadonna 17-12-2023 12:59 AM
Hmmm... Rasanya dulu dulu iols dengar mcm pihak celine rejected lagu ni baru dpt kat jenal...
Quote isbritneybich 17-12-2023 01:16 AM
celine buat mesti epic nih
Quote Body_language 17-12-2023 01:32 AM
ashilalat replied at 17-12-2023 12:35 AM
Masalahnya kalau lagu Puteri tu ciptaan lokal pon, berani ke Acik Jenal nak bertanding acara mcm AJL ...

Apalah yg ko merepek ni.

Zainal Abidin dulu zaman dengan headwind pernah masuk AJL.

Zaman album Puteri ni pon dia pernah masuk AJL. Lagu Gaia smpi final Pop Rock.

Btw cerita dia rebut lagu Puteri dgn Celine Dion ni dari album tu kuar thn 2004 lagi dia dah gebang dlm surat khabar

Quote tikusmontok 17-12-2023 06:56 AM
jihyomelly replied at 16-12-2023 08:19 PM
sedap acik jenal nyanyi lagu puteri..amboi acik jenal 2 3 menjak ni ada je thread acik jenal..

Termasuk buat rawatan pun..
Quote MeowPARSI 17-12-2023 07:10 AM
Lagu puteri ni sedap uiii,, klu peserta GV ads nyanyi kan hari tu mesti gempak
Quote gucci_advocate 17-12-2023 08:00 AM
Ini lah artis berkualiti

Bergaduh dengan Celine, bukan dengan artis-artis sendu lain
Quote fadz84 17-12-2023 12:47 PM
ashilalat replied at 17-12-2023 12:35 AM
Masalahnya kalau lagu Puteri tu ciptaan lokal pon, berani ke Acik Jenal nak bertanding acara mcm AJL ...

Dgr cerita acik Sheila dulu kecewa sbb lagu Sinaran terkandas x dpt masuk final AJL, terus dia merajuk xnk calonkan lagu kat Muzik Muzik dah..
Quote Safirania 17-12-2023 08:49 PM
Kurusnyaa acik celine dion ni.
Quote rayna_raynes 17-12-2023 09:41 PM
MeowPARSI replied at 17-12-2023 07:10 AM
Lagu puteri ni sedap uiii,, klu peserta GV ads nyanyi kan hari tu mesti gempak

iols trauma dengan lagu Puteri ni lepas sorg budak AF nyanyi.Si Fuad. Buruk sungguh mimik muka heshe masa nyanyi lagu ni

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 05:33 AM GMT+8 , Processed in 0.048019 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top