CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Cemburu Pukul Isteri Guna Dumbel Hingga Maut

16-12-2023 12:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5877| Komen: 34

Shah Alam: Lelaki yang ditahan kerana disyaki memukul isterinya sehingga maut dengan menggunakan dumbel direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman sehingga 22 Disember dibenarkan Timbalan Pendaftar Saidatul Akmar Suberi terhadap lelaki yang tidak mempunyai kerja tetap itu selepas permohonan dikemukakan polis hari ini.


Terdahulu, lelaki berusia 38 tahun tiba di perkarangan Mahkamah Shah Alam dengan memakai pakaian lokap itu diiringi pegawai dan anggota polis pada 9.20 pagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, seorang wanita maut dipercayai dipukul menggunakan dumbel oleh suaminya akibat cemburu di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, dekat sini.

Beliau berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri yang mengatakan isterinya mengalami sawan lalu membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.


Katanya, hasil pemeriksaan awal doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya sebelum siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu di rumah mereka sebelum dibawa ke hospital.

Susulan itu katanya, suspek ditahan di Hospital Shah Alam sekitar jam 12.49 tengah hari semalam untuk siasatan lanjut.

Mohd Iqbal berkata, hasil ujian saringan awal air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine serta mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes pukul dan dadah.


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 16-12-2023 12:03 PM
sama2 editor Cari pun berlumba2 buka thread sama.
Quote Thunderclouds 16-12-2023 01:02 PM
Hahahahaha... Kerja keras utk kpi
Quote I.K.A888990 16-12-2023 04:07 PM
dadah dadah dadah dadah
asal bukan kau yg mati lahanat
Quote noor2 16-12-2023 04:10 PM
Dumbell tu berat...mau pecah daging, kepala kalau dihentak
Quote hayrin86 16-12-2023 04:17 PM
Penangan dadah..
Quote Belibis 17-12-2023 03:18 PM
Aduhai..sana kena lenyek,sini kena pukul..kalau gini gayanya,kering lagi la susu makjah..takkan nak beli dugro.
Quote takayama 17-12-2023 03:25 PM
Dlm berapa minggu ni byknya kes bunuh, agak nyawa manusia xde nilai ke disbbkan dadah terus sewel jantan ni, dahlah kerja x tetap lps tu cemburu plk. Charge s302 terus
Quote antikorok 17-12-2023 03:27 PM
Bunuh guna dumbel: Keluarga masih terkejut, serah siasatan pada polis
Bernama

Disember 16, 2023 07:24 MYT


Antara ahli keluarga dan rakan mangsa kes bunuh pensyarah kolej yang hadir untuk menuntut jenazah di Jabatan Forensik Hospital Shah Alam hari ini. - Foto Bernama


SHAH ALAM: Keluarga seorang pensyarah wanita yang maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan dumbel di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, Bukit Rimau, di sini masih dalam keadaan terkejut dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak polis.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata dia menerima khabar duka berhubung kejadian itu ketika sedang bekerja sekitar 8 pagi semalam.

"Pada waktu itu, saya hanya diberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia dan diminta hadir ke Hospital Shah Alam (HSA)

"Kami sekeluarga memang masih terkejut dengan kejadian itu dan berharap polis dapat menjalankan siasatan menyeluruh," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik HSA hari ini.

Lelaki itu berkata mangsa merupakan anak kedua daripada tiga beradik.

Menurutnya jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halaman ibunya iaitu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Kembong, Pulau Indah, Pelabuhan Klang petang ini.

Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman tujuh hari bermula hari ini terhadap seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya dengan menggunakan dumbel, di sebuah rumah di Jalan Sungai Congkak, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 5.33 pagi oleh suspek sendiri, yang mengatakan isterinya mengalami sawan sebelum membawa mangsa ke Hospital Shah Alam kerana tidak sedarkan diri.

Beliau berkata bagaimanapun pemeriksaan awal oleh doktor ke atas wanita berusia 33 tahun itu mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya dan siasatan lanjut mendapati mangsa dipukul oleh suspek akibat cemburu.

Mohd Iqbal berkata bertindak atas maklumat tersebut, pada 12.49 tengah hari, lelaki itu ditahan di Hospital Shah Alam dan senjata yang dipercayai digunakan untuk memukul isterinya iaitu sebuah dumbel, turut dirampas.
-- BERNAMA

https://www.astroawani.com/berit ... n-pada-polis-450361

Quote B40tastePosh 17-12-2023 03:48 PM
Haramkan je Vape...dalam Vape tu ada Methamphetamine

Quote makneng 17-12-2023 05:03 PM
Jantan tak guna baik mamp je
Quote LadyCarefree 17-12-2023 06:01 PM
Laaaaaa melei rupanya
Quote jazaa100 17-12-2023 06:25 PM
Lecturer pun dpt bewak...
Quote menjad 17-12-2023 06:57 PM
Bila Salah pilih suami!
Quote mejaputih 17-12-2023 06:57 PM
jazaa100 replied at 17-12-2023 06:25 PM
Lecturer pun dpt bewak...

Arwah lecturer ke?
Quote Nenolen 17-12-2023 07:03 PM
Innalillah…moga sangkut laki hanat tu 302…
Quote syamzana 17-12-2023 07:09 PM
sana sini kes bunuh...dah tak keje tetap (iols fitnah bewok) pun nak jeles2 sampai bunuh. pasni lagi la ditanggung sepenuhnya dah kedalam tara nak dpt hukuman mati tu pun kalau sangkut, ujung2 sampai berpuluh thn rakyat kat luar ni bela dia plak
Quote brownstone 17-12-2023 07:18 PM
Dadah ni merosakkan minda... tak boleh dirawat lah kalau dah rosak. Bukan macam luka boleh sembuh.

Mereka wajar diasingkan ke sebuah pulau macam pesakit kusta. Jangan risau. Kat pulau tu nanti kita bagi makan minum & bekalan dadah, at least diorang boleh berbunuhan sesama mereka gitchewwww.
Quote cashewnut 17-12-2023 09:15 PM
brownstone replied at 17-12-2023 07:18 PM
Dadah ni merosakkan minda... tak boleh dirawat lah kalau dah rosak. Bukan macam luka boleh sembuh.

...

Kaka suka ide ni. Sangat berbaloi dan beruntung. Tinggal tak payah ada makanan. Biak pi depa nak buat apa.
Quote jazaa100 17-12-2023 09:35 PM
mejaputih replied at 17-12-2023 06:57 PM
Arwah lecturer ke?

Iya....pensyarah kolej

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.138729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top