IPOH – Seorang pelajar lelaki tingkatan lima maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah maut di tempat kejadian selepas diseret kereta lebih lima meter. Kejadian berlaku ketika mangsa yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati dengan menunggang motosikal jenis Yamaha. Difahamkan, kejadian berlaku selepas pemandu kereta jenis Perodua Ativa berusia 44 tahun tidak berpuas hati dengan tindakan remaja itu membuat bunyi bising ekzos sebelum bertindak mengejar motosikal mangsa dan melanggarnya dari belakang. Saksi kejadian memaklumkan, pemandu kereta berkenaan berpatah balik ke lokasi untuk melihat keadaan mangsa, namun segera beredar apabila menyedari kehadiran orang awam.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat. Sumber: Kosmo
|
Binodino replied at 15-12-2023 07:07 PM
So nak charge pemandu under akta JPJ atau 302KK?
fatimahmarkonah replied at 15-12-2023 07:44 PM
Katanye polis pemandu ativa tu. Meroyan btul.
syamzana replied at 15-12-2023 07:43 PM
bdk ni mesti provoke jugak ni, jmp plak dgn driver baran haaa mendapat lar. sorg mati, sorg bakal ke ...
fatimahmarkonah replied at 15-12-2023 07:52 PM
Dari telegram
ADVERTISEMENT