KOTA BHARU - Seorang guru cedera ditembak dalam satu kejadian di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, dekat sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, cedera di bahagian leher selepas terkena tembakan tersebut. Bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini. Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut. Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki Melayu berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara bagi mendapatkan rawatan awal. "Mangsa kini sedang dirawat di HPRZ II, dekat sini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.
|
9
Bagus |
Marah |
4
Terkejut |
7
Sedih |
4
Lawak |
7
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki Melayu berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara bagi mendapatkan rawatan awal.
ADVERTISEMENT