CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 10

[Tempatan] Guru cedera di leher akibat ditembak

[Copy link]
Post time 4-7-2013 09:58 PM | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU 4 Julai - Seorang guru cedera ditembak dalam satu kejadian di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa Mat Zaki Hashim, 35, dari Kampung Tualang, Bunut Susu, Pasir Mas, cedera di bahagian leher selepas terkena tembakan tersebut.

Bagaimanapun, mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya kini giat menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca dan suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki Melayu berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara bagi mendapatkan rawatan awal.

"Mangsa kini sedang dirawat di HPRZ II, dekat sini. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya menerusi kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

• Petikan Berita Online •

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 10:00 PM | Show all posts
Bunut Susu? Bunut tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:05 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 4-7-2013 10:00 PM
Bunut Susu? Bunut tu apa?

bunut tu pokok besar berlubang yang berhantu..

bunut susu tu kira hantu susu la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:07 PM | Show all posts
apa kes nie... student berdendam kat cikgu ker???
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:08 PM | Show all posts
haa...tu..

hantu susu dah mai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 10:09 PM | Show all posts
Menurutnya, siasatan awal yang dijalankan mendapati, mangsa telah dihantar ke Hospital Pasir Mas oleh seorang lelaki Melayu berusia 50-an dengan menaiki kenderaan jenis Perodua Kembara bagi mendapatkan rawatan awal.

pakai kereta apa pun bagitau jugak ke? tak pasal2 org tua ni jadi next target sebab tulun itu cegu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-7-2013 10:10 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu posted on 4-7-2013 10:00 PM
Bunut Susu? Bunut tu apa?

bunut kau tak tau?
dia maca donut jugak la, adik beradik
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 10:14 PM | Show all posts
oh, hantu kopek rupanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 10:19 PM | Show all posts
mcm2 hal zaman skg kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2013 10:34 PM | Show all posts
takut la makin banyak org ada pistol...

dulu org guna senapang patah tembak beruk je
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2013 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
dkt smpadan..senang dpt pistol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:44 AM GMT+8 , Processed in 0.189864 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list