LIPIS – Wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa dua anaknya awal pagi semalam beria-ia mahu pulang ke kampung di Kelantan meskipun sudah dipujuk oleh suaminya. Mohd Azman Mat Yaacob yang merupakan anggota polis berkata, lebih menyedihkan, kejadian itu tidak berlaku di depan matanya, malah tidak dapat mengiringi isteri serta dua anak mereka yang mahu pulang ke kampung disebabkan tuntutan kerja malam kelmarin.
“Isteri (Nor Faizah Ridzuan) beria-ria mahu pulang ke kampung bersama dua anak, saya nasihatkan arwah jangan pulang lagi dan tunggu waktu yang sesuai tetapi dia berkeras hendak pulang ke Bachok kebetulan pula cuti sekolah bermula,” katanya ketika ditemui semalam. Mohd Azman memberitahu, hasrat arwah isteri untuk pulang ke kampung turut dipersetujui anak mereka yang mahu mengikut serta. “Sebelum berlepas pada pukul 12 tengah malam tadi (semalam), arwah tidak tunjuk sebarang perubahan dan melakukan kerja rumah seperti biasa. Saya pujuk arwah pulang waktu siang, tetapi mahu pulang malam. Memang saya bimbang akan keselamatan mereka,” katanya.
Mohd Azman tidak menolak kemungkinan arwah isterinya yang juga suri rumah mahu pulang ke Bachok untuk menziarahi keluarganya sempena cuti sekolah. Tiga beranak itu bertolak pada pukul 12 tengah malam, manakala Mohd. Azman pula pergi ke tempat kerja. Mohd Azman menerima berita kemalangan yang menimpa isteri dan anak-anaknya pada pukul 4 pagi. “Saya reda dengan ujian Allah,” katanya. -CARI Sumber: Kosmo
|
mehmet replied at 15-12-2023 07:54 PM
Bininya lawa. Anak2 lelaki semua. Ajal menjemput. Sana di kampung sambut jenazah. Si suami meratapi. ...
ADVERTISEMENT