CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Semakin Terdesak, IDF Tawar Ganjaran Jutaan Ringgit Cari Pemimpin Hamas

15-12-2023 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6904| Komen: 8

Kuala Lumpur: Lebih dua bulan 'membantai' Gaza dan Tebing Barat, Palestin sehingga mengorbankan lebih 18,608 nyawa tidak berdosa, Israel masih tidak dapat mengesan kedudukan kumpulan pejuang Hamas.


Kini, Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dilihat semakin terdesak sehingga terpaksa menyebarkan risalah baharu meminta bantuan penduduk Palestin bagi menjejaki musuh mereka.

Orang ramai juga menerima majalah propaganda Zionis yang kandungannya menentang pemimpin kumpulan Hamas selain memberi amaran kepada penduduk Gaza supaya tidak berurusan atau menyokong Hamas.


Foto: Harian Metro

Dalam risalah terbaharu itu, Israel menawarkan ganjaran sejumlah wang tunai lumayan bagi penduduk Palestin yang berjaya memberikan maklumat tentang pemimpin tertinggi Hamas.

Antara pemimpin kanan Hamas yang disertakan dalam maklumat pencarian IDF ialah Ketua Hamas, Yahya Sinwar dengan AS$ 400,000 (RM1.8 juta) nilai ganjaran kepada penduduk yang berjaya membantu penahanannya serta AS$ 300,000 (RM1.4 juta) untuk pencarian adiknya, Muhammad Sinwar.


IDF turut mencari Komander Batalion Khan Younis Hamas, Rafi' Salamah AS$200,000 (RM934,500) serta AS$100,000 (RM467,250) untuk menjejaki Pakar Strategi Ketenteraan sayap tentera Hamas, Muhammad Dheif.

"Pengakhiran Hamas semakin hampir. Demi masa depan anda.

"Sesiapa boleh menyampaikan maklumat yang boleh membantu kami menangkap individu yang membawa kemusnahan dan kehancuran di Semenanjung Gaza akan diberi ganjaran," demikian petikan nota risalah itu yang tular di media sosial sejak malam tadi.

Risalah itu yang mengandungi logo IDF turut menjanjikan kerahsiaan pemberi maklumat termasuk selain menyertakan nombor telefon pihak Israel dan nama akaun aplikasi Telegram.

Penduduk yang berkongsi risalah itu di akaun Instagram Noor Harazeen berkata, agak melucukan apabila Israel menyerang Gaza membabi buta selama ini tanpa mengetahui keberadaan Hamas.

"Jadi secara teknikalnya tentera Israel menyerang Gaza dengan tidak mengetahui di mana orang Hamas!

"Macam mana pula dengan kisah semua orang awam yang terkorban dan kami mencari Hamas?" katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 02:59 PM
Quote Decaffeinated 8-9-2024 03:44 PM
Takde pun nama haniyyeh
Quote realmcord80 8-9-2024 03:52 PM
Sapa necro balik thread lama ni...
Quote Jikookie 8-9-2024 03:59 PM
Ni kan thread lama. Aduh la
Quote sharlenetexas 8-9-2024 04:02 PM
Tahun 2024 kena dabel triple lah. Sikit je tuh.

Quote sharlenetexas 8-9-2024 04:03 PM
Adakah hamas berada di tebing barat pada september 2024? Serang kat sana pulak. Biar semua mati xde sape yg bernyawa. #ruler

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:24 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:39 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.045207 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top