CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

500 Malim Gunung Dijangka Cari Hawari Pada Tahun 2024

15-12-2023 05:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10953| Komen: 58

Georgetown: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim yang dihentikan 16 Jun lalu dijangka diteruskan membabitkan kira-kira 500 malim gunung tahun hadapan.


Pengarah merangkap Pengasas Bersama Pioneer Adventure, Nivesh Karki berkata operasi dijadual bermula pertengahan April depan hingga penghujung Mei bermula dari kem dua hingga puncak Everest yang berada pada ketinggian 6,000 hingga 8,000 meter dari paras laut.

Foto: The Vibes

"Pasukan kami sendiri mempunyai 27 sherpa (malim gunung). Kami juga akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain selain berusaha mendapatkan bantuan kira-kira 500 malim gunung lain untuk memperluas liputan kawasan pencarian secara menyeluruh.

"Kami juga menawarkan ganjaran kepada pihak yang berjaya bertemu Hawari supaya usaha pencarian menjadi lebih produktif. Kami berjanji akan mencari serata tempat di setiap satu titik laluan berkemungkinan," katanya pada program Pendakian Abadi: Perjalanan Bersama Ekspedisi ME 2023 di sini, hari ini.


Program anjuran Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) dengan kerjasama Kelab Eksplorasi Altitud itu turut dihadiri ahli keluarga Muhammad Hawari yang juga kakitangan LMNPP sejak 2010.


Karki ketika ditanya sama ada boleh memberi jaminan operasi SAR itu akan berjaya menemukan Muhammad Hawari atau tidak berkata, tiada jaminan dapat diberi.

"Saya sendiri tidak dapat jamin peratusan kejayaan. Namun, saya akan pastikan dan jamin usaha pencarian dilakukan sebaik mungkin. Ini kerana ada kes pendaki hilang 1942 dapat ditemukan pada 2019," katanya.

Beliau turut memaklumkan malim gunung yang menemani Muhammad Hawari mendaki dan kembali ke Kem Empat tidak datang ke Malaysia hari ini kerana masalah visa.

Katanya, tiada siapa dapat memastikan apa yang di berlaku di Kem Empat pada masa itu kerana malim gunung berkenaan pergi memberi bantuan kepada seorang lagi peserta misi iaitu Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub yang berdepan masalah kesihatan.

"Kita tidak menemukan sebarang jejak dan kita harap pencarian pada musim pendakian tahun depan berhasil namun bergantung pada cuaca.

"Tetapi kita tidak akan berputus asa. Jika ia tidak berjaya tahun hadapan, kita akan lakukan operasi SAR pada tahun berikutnya dan seterusnya," katanya.

Muhammad Hawari dilaporkan hilang pada 19 Mei lalu selepas keluar meninggalkan Kem Empat pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Sehari sebelum itu, Muhammad Hawari dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mejaputih 15-12-2023 05:21 PM
Muzium negeri la ye yg tanggung kos SAR tahun dpn?
Quote Thunderclouds 15-12-2023 06:44 PM
Kerja sia².
Silap ribulan org lain yg hilang/mati pulak.
People with more resources pon xkoser nk fork out duit carik mayat family member kt everest.
Beratus mayat ntah mana2 kt ataih tu.
Dead bodies are common sight.
Quote midori888 15-12-2023 06:48 PM
org dah mati, carik buat apa ntah....
Quote I.K.A888990 15-12-2023 08:35 PM
byk kos nak tanggung
entah la moga dijumpai hendaknya
Quote B40tastePosh 15-12-2023 11:12 PM
Kalau jerit jerit panggil nama dia masa SAR pun dia tak dengar sebab OKU pendengaran ...buang masa je
Quote JohnDeSouza 15-12-2023 11:33 PM
B40tastePosh replied at 15-12-2023 11:12 PM
Kalau jerit jerit panggil nama dia masa SAR pun dia tak dengar sebab OKU pendengaran ...buang masa j ...

pakai lampu yg terang atau laser
Quote akies 15-12-2023 11:48 PM
Operasi yg membazir duit..
Iols tk rasa dia masih hidup lg..nak pulak dia ada masalah pendengaran..
Quote Decaffeinated 16-12-2023 12:02 AM
"Kami juga menawarkan ganjaran kepada pihak yang berjaya bertemu Hawari supaya usaha pencarian menjadi lebih produktif.


Buat stail peraduan ka apa ni?

Search sahaja lah. Nak rescue apanya orang dah mati ka dalam rekod masih 'hidup'?

Quote anarina 16-12-2023 12:05 AM
akies replied at 15-12-2023 11:48 PM
Operasi yg membazir duit..
Iols tk rasa dia masih hidup lg..nak pulak dia ada masalah pendengaran..

Lah mmg takde dah tp gitulah soksek nak mencari gak duduk diri arwah nya... mcm kat Damavand, Iran dulu sorang jumpa tak lama lps hilang tu pun intensed rescue tp dapatlah, yg abg lg sorang tu after a year br jumpa time summer lah kalau tak salah. Tp okaylah a closure for the family. Yg cari arwah ni rasanya sesambil mengelola trip sambil recce la tu if purposely such a waste of resources. Takpun dah berjanji nak carik. Kat Mesia ni pun lg legend2 ilang bertahun pun tak jumpa, padahal org turun naik semedang. Masuk ke alam bunian gamaknya.
Quote shernazz 16-12-2023 07:14 AM
Ke depa saje nak.perabis bajet .kengkonon ajak la Malim Gunung..takde la rasa cm Makan sorang..
Quote Dalcott 16-12-2023 10:17 AM
masalah documentation kut. belum declare meninggal lg. so semua process susah
Quote dua_chzy 16-12-2023 10:23 AM
Buang duit ok.

Bukan unwritten rule ke kalau mati kat Everest tu, jika takleh carik, dibiarkan aje? Tak huntong ke mati di Everest? Feng Shui bagus kot. Mati di puncak paling tinggi dalam donia.
Quote grouper 16-12-2023 10:24 AM
Atas gunung sana xde kg bunian ke..adakah bunian ni ada di msia saja. Maybe bunian pun x tahan sejuk nak buat kg atas gunung
Quote dua_chzy 16-12-2023 10:27 AM
Edited by dua_chzy at 16-12-2023 02:32 AM

Btw bila tengok dokumentari baru aku tau Everest ni memang deadly. I mean baru aku faham risiko dia cemana. So sapa2 yang pi naik Everest dah sah2 sadar potensi kau untuk mati tinggi kan? Ala2 pi gali kubur sendiri. So family redho aje la. Apa kau ingat senang nak carik mayat si Hawari tu? Mayat orang lain pun hada yang berpuluh tahun terdampar baru jumpa. Mcm mayat encik boot hijau tu, baru tahun ni ke tahun lepas kena bawak balik kan retrieved oleh gomen India selepas identiti dikenalpasti walau dari 2014 lagik mayat mendiang dah discovered? Tapi idok la juga heols mati in vain berpuluh tahun jadik landmark jadik penanda arah climbers lain.
Quote bakingsoda 16-12-2023 10:43 AM
dr membazir cari mayat baik ko bagi bantuan ke kat anak bini hawari yg ditinggalkan tuh
Quote kitaserupaaa 16-12-2023 10:54 AM
anarina replied at 16-12-2023 12:05 AM
Lah mmg takde dah tp gitulah soksek nak mencari gak duduk diri arwah nya... mcm kat Damavand, Iran ...

Setahu aku, arwah yg kedua ditemui oleh pendaki gunung juga yg kebetulan naik gng masa summer tu ikut laluan berbeza. Bukan ade dedicated aktiviti mencari pun. Aku rasa utk kes cari rakyat Msia yg hilang kat everest pun rely on geng2 sherpa yg akan naik everest bawak pendaki2. Kalau terjumpa, notify the authority.
Quote cmf_premierleag 16-12-2023 10:55 AM
Dah mula la idea bodoh buat perabih duit dan tenaga masa org lain je.sah2 la dia dh mati kt atas sana tu
Ko nk jerit2 pun dia pekak,mana dia dengar pun
Quote cmf_premierleag 16-12-2023 10:56 AM
midori888 replied at 15-12-2023 06:48 PM
org dah mati, carik buat apa ntah....

Alasan nak berjalan ke nepal secara percuma
Quote cmf_premierleag 16-12-2023 10:59 AM
dua_chzy replied at 16-12-2023 10:27 AM
Btw bila tengok dokumentari baru aku tau Everest ni memang deadly. I mean baru aku faham risiko dia  ...


Aku penah tgk dokumentari psl Indian Army yg jaga border china pakistan kt himalayan range
Diorg mmg jaga border to border kat atas gunung
They call Siachin Warrior
Mmg kene berkawal atas salji ais 365 hari..pastu mmg dlm 1 team ada 6 org
Ujung2 stp operasi, bleh jadi hanya tinggal 1/2 org je atau sume mati..then replaced with new team lps tu
Based diorg di army camp di ladakh dan uttar pradesh.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.101340 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top