Seorang wanita diganggu oleh individu ‘miang’ di aplikasi X. Menerusi tangkap layar yang dikongsi oleh wanita itu, dapat dilihat individu tersebut menghantar pesanan peribadi meminta supaya gadis itu menjual seluar dalam miliknya.
Entri yang dibuat meraih perhatian netizen di mana rata-ratanya mengkritik dan meluahkan rasa jijik dengan sikap individu itu. “Menjijikkan dan menakutkan. Saya harap awak okay,” “Bodohnya orang macam tu..Menakutkan,” “B*ngsat macam ni memang layak kena sepak.” Dalam pada itu, ada juga yang memberi idea supaya menghantar barangan yang diminta bagi tujuan mendedahkan identiti individu menjijikkan itu. “Cuba layan je. Minta alamat, nama dan nombor telefon untuk pos, kita expose.” Setakat artikel ini ditulis, entri itu berjaya meraih lebih 800 komen netizen dan 6 ribu tanda suka di Platform X.-CARI
Sumber: Gempak |
Sazreena replied at 15-12-2023 04:02 PM
Kemain dia punya fetish..kat obersi siap buat bisnes lagi. Kalau kat sini ko layan, jawabnya bola ta ...
ADVERTISEMENT