CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Setahun Naik Turun Mahkamah, PU Azman Harap Keputusan Berpihak Kepadanya

15-12-2023 03:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6857| Komen: 16

Pencetus Ummah (PU) Azman berharap 2024 bakal memberi sinar baharu dan keputusan perbicaraan melibatkan kes amang seksual di Mahkamah Sesyen Klang pada 26 Disember ini akan berpihak kepadanya.

"Harapan saya akan mendapat keputusan terbaik.

"Saya bersyukur apa yang telah berlaku tahun ini dan semoga tahun depan lebih baik. Doakan saya," katanya kepada pemberita.


Foto: mStar

Azman atau lebih mesra disapa Cik Man berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes sama di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Jumaat.

Pada prosiding berkenaan, saksi kesebelas yang juga merupakan salah seorang pengadu tampil memberi keterangan di hadapan Hakim, Datin Surita Budin.

Mengulas tentang perbicaraan berkenaan, peguam mewakili Azman iaitu Mohamad Zahid Ahmad memaklumkan ia memakan masa lama kerana melibatkan pengadu.


"Saksi merupakan pengadu dan dia memberi keterangan seperti yang diperlukan.

"Ia tidak boleh didedahkan sebab melibatkan pengadu kanak-kanak.

"Disebabkan hari ini keterangan pengadu maka ia memang mengambil masa," jelasnya.

Sementara itu, Mohamad Zahid memaklumkan perbicaraan di Seremban akan disambung semula pada 22, 23, 24 dan 26 April 2024.

Di Mahkamah Sesyen Seremban, Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.

Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Hadi Hakimi Harun, Goh Hsiao Tung dan Zahida Zakaria.

Manakala dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Klang, Azman berdepan dua tuduhan melakukan amang seksual secara fizikal yang dilakukan pada 20 Februari dan 10 Jun tahun lalu di Sungai Udang. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 15-12-2023 03:34 PM
cantik muka kau. kemain detail lagi aksi-aksi yang terjadi, suka hati kau jaa nak keputusan berpihak pada kau.
Quote prince_marhaen 15-12-2023 03:40 PM
screenshot & voice note whatsapp pun dah jijik...apa lagi aksi fizikal...kau harap pulak terlepas ye sundelsss.... dasar mak hayam penunggang... !!!!
Quote CrowneGlory 16-12-2023 07:37 AM
Iblis berkopiah
Quote 3chanceno 16-12-2023 11:48 AM
Kalau benar aduan mangsa, semuga masuk ke dalam siap sebatan sekali  kalo benar bersalah, penonggang agama nie harus dikenakan hukuman yg berat.

Kes dewasayu dah tutup buku ke camner?
Quote I.K.A888990 16-12-2023 04:05 PM
bakalan clean and clear kah penoggeng ni
Quote Orangkaya99 16-12-2023 04:21 PM
lgbtq berkopiah
Quote kelapaparut 16-12-2023 05:25 PM
zmn skrg ni bukan anak pompuan je kne dilindungi, anak jantan pun same..bhy ustat2 kat luar ni dr cik man, ke ustat budak, ustat agus, nasib baik uel seteret kalu gayah jugak xtau lah..
Quote Janetnasuha 26-12-2023 11:50 AM
Kena bela diri
Screenshot_20231226_114824_X.png
Quote salimrock 26-12-2023 11:55 AM

errmm apa2 pun ini lah sebab nya kenapa kita kena haram kan konsert kolplay, katy perry, justn bieber, black pink dsbnya ...sebab ni lah...haha
Quote salimrock 26-12-2023 11:56 AM

mahkamah klang, dekat dgn roma wa, kadang wa joging situ, minum kt kopitiam situ, ramai loyer2 suka lepak kt kopitiam situ..
kalo wa tak kerja hr ni boleh la jupe PU azman ni haha
Quote Decaffeinated 26-12-2023 12:01 PM
dia tak boleh dipanggil penunggang unless dia janji kasi dia hisap akan masuk syurga. Takde kan?
Quote toynme 26-12-2023 02:53 PM
kalau turun naik mahkamah tu dia duk rumah mcm org biasa ke ekk?
Quote shi_jewel 26-12-2023 03:13 PM
bukan dia ni lemah gemalai lembut tu ke?
tak layak dipanggil Pencetus Ummah. baik gugurkan.
Quote ajinomotonosuga 27-12-2023 11:54 AM
shi_jewel replied at 26-12-2023 03:13 PM
bukan dia ni lemah gemalai lembut tu ke?
tak layak dipanggil Pencetus Ummah. baik gugurkan.

Pencetus Ular  lagi tepat ekk
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:25 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:40 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.047642 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top