CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Berat Badan Dan Senyuman Bukan Cara Ukur Bahagia,"-Diana Danielle

15-12-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6988| Komen: 8

Description: Diana Danielle dilihat ceria dan berat badan semakin bertambah sejak rujuk kembali dengan Farid Kamil.
Diana Danielle dilihat ceria dan berat badan semakin bertambah sejak rujuk kembali dengan Farid Kamil.

Namun Diana meminta netizen tidak terus membuat andaian atau kesimpulan dengan hanya melihat apa dipaparkan di media sosial.


Foto: IG

"Tidak ada sesiapa boleh memastikan sama ada seseorang itu bahagia dengan merujuk kepada kenaikan berat badan dan senyumannya di media sosial.

"Apa pun terima kasih kerana membuat andaian yang positif," katanya kepada Harian Metro.



"Sebelum ada yang bertanya lagi, saya tidak hamil," jelasnya.

Sebelum ini, Diana pernah menafikan dia sedang hamil anak ketiga.



Diana menjelaskan perubahan fizikalnya disebabkan selera makan yang bertambah sejak kebelakangan ini.

Untuk rekod, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.



Bagaimanapun, penceraian tersebut tidak tahan lama apabila Farid mendedahkan sudah kembali rujuk dengan Diana pada 31 Ogos.


Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Aurora, 8 tahun. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 15-12-2023 03:06 PM
So nak cakap tak bahagia ke camne?

Org kata ceria dan bertambah berat sbb gembira... Oklah tu.
Quote Yoonggi 15-12-2023 04:25 PM
euww betul tgk gigi laki dia dlm gmbr last tu
Quote jihyomelly 15-12-2023 08:42 PM
bahagia - berat badan naik
tak bahagian - kalau jenis makan bila stress berat badan naik jugak..
mana satu dik dd?
Quote marchikobonzo 16-12-2023 09:51 AM
Lain rupa dia dalam gambar KLFW tu
Quote likilu 17-12-2023 11:10 PM
Wartawan punning

"Penceraian tak bertahan lama eh"

Nakal haha
Quote abadi84 17-12-2023 11:14 PM
jihyomelly replied at 15-12-2023 08:42 PM
bahagia - berat badan naik
tak bahagian - kalau jenis makan bila stress berat badan naik jugak..
man ...

Betullah.iolls sejak Palestine berperang tiba2 jd sgtlah mnghargai mknn. Tup2 naiklah 3kgs..
Quote DeLuna85 18-12-2023 04:55 AM
Teruk sangat mekap klfw tu. Tapi cantik dia eh badan berisi tapi jangan lagi gemuk dari skrg
Quote rbmy 18-12-2023 07:33 AM
Yoonggi replied at 15-12-2023 04:25 PM
euww betul tgk gigi laki dia dlm gmbr last tu

bole lawan si bumble beeee tek tu.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.051442 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top