Seorang wanita teringin hendak menimang cahaya mata baharu selepas berkahwin buat kali kedua namun pasangannya tidak mempunyai kemahuan yang sama. "Teringin nak mengandung dan ada baby. Dah ada seorang anak dengan suami lama. Suami sekarang suami baru. Pernah bincang pasal anak. Tapi ekonomi jadi asbab nombor satu.
"Dulu okay saja manjakan anak yang seorang ini tapi sekarang faham-fahamlah. Alasan anak degil jadi sebab kenapa dah tak rapat dengan anak sekarang," luahnya. Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menambah, perasaannya lebih terguris apabila melihat layanan suaminya sama sekali berbeza antara anak tiri dengan anak orang lain. "Dengan anak orang lain okay saja boleh gurau-gurau, layan elok-elok. Tapi dengan anak kita ni. "Saya pun ada anxiety. Kadang malas fikir sangat, tolak tepi perasaan sendiri. Tapi bukan sepanjang masa (dia) tak okay. Ada saja masa dia okay.
"Kalau 10 tu mungkin tiga daripada 10 macam tu saja masa eloknya. Lain-lain faham sendirilah ya. Bahasa mudahnya macam tak suka sangat," kongsinya lagi. Disebabkan tidak mahu menimang cahaya mata, wanita ini mendedahkan suaminya begitu bersungguh-sungguh merancang agar dia tidak hamil. "Macam betul-betul tak nak. Dah rasa diri ni macam toys pun iya. Dah cuba bincang lepas tu tak ada kesan. Suami pun macam lalang. Kadang elok tu eloklah. Mari angin dia... entahlah. "Tapi fikir balik cara suami baru layan anak sulung, hurmmm sedih. Tak apalah tak ada anak pun. "Risau diri sendiri makin tawar hati je. Minta nasihat dan doakan hamba Allah ni semua," luahnya lagi. Luahan wanita tersebut yang dikongsikan di laman grup Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM) mengundang simpati ramai yang seolah-olah dapat menyelami perasaannya. Ada yang menasihatkan supaya wanita berkenaan mengambil pendekatan yang tidak emosional untuk mengelakkan keadaan rumah tangganya menjadi semakin keruh. Namun rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan 'berundur' supaya tidak bertambah terluka dan makan hati. "Sebaiknya tak payah ada anak dengan suami kedua ni pun tak apa sis. Sekurang-kurangnya jika ada berlaku apa-apa, sis boleh bawa diri sendiri. "Kalau suami yang mood berubah-ubah, better tak perlulah beranak sis. Mood suami macam lalang, risau nanti anak buat perangai, sis jadi mangsa. "Red flag dah tu suami awak tu. Dalam rumah tangga tak boleh selfish, apabila berbincang pastikan capai kata sepakat. Macam ni tak ada kata sepakat," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...
kelip2_07 replied at 15-12-2023 04:40 PM
alahh laki pn..ape beza ank sndiri ngan amik ank angkat..alang2 xnk dua2 xblh la..
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...
krustykrab replied at 15-12-2023 05:22 PM
Mesti laki tu pikir kalau cerai, tk payah ler susa pyh tanggung nafkah anak2. Cerdik jgk sang laki ...
_blackbird replied at 15-12-2023 07:39 PM
Mungkin juga. Nnt byk pulak nak bg child support hehehe atau pon dia taknak anak2 berlainan ibu be ...
krustykrab replied at 15-12-2023 08:07 PM
Kaya sgt ke si empunya pisang lecek tu sampai boleh berbini 4?
_blackbird replied at 15-12-2023 08:15 PM
Kaya juga lah. 4 bini now tinggal 3 dia tak perlu kerja, dpt gaji tiap bulan utk diri sendiri, rum ...
krustykrab replied at 15-12-2023 08:19 PM
Untung lah jd bini dia, semua dapat, sakit beranak pun tak payah. Harap2 bini2 dia sesiap mintak b ...
_blackbird replied at 15-12-2023 08:29 PM
Asb ada bini no 3 kata. Full deposit hadiah kahwin ahhgittewww. Yg no 4 masa kahwin dpt 100k yg la ...
_blackbird replied at 15-12-2023 03:09 PM
Ada sorg mamat aku kenal ni dia kahwin 4. Sorg cerai. 2 dari bini dia no 3 dan 4 aku kenal personall ...
ADVERTISEMENT