Hakim Mahkamah Sesyen Seremban Datin Surita Budin mengarahkan sambungan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman pada pagi Jumaat diadakan secara tertutup. Surita turut mengarahkan semua yang tidak terlibat dengan kes berkenaan keluar selepas saksi ke-11 yang juga merupakan mangsa dipanggil memberi keterangan.
Azman atau Azman Syah Alias, 42, sebelum itu dilihat tenang ketika tiba di perkarangan mahkamah sekitar pukul 9 pagi ditemani barisan peguam yang mewakilinya. Ceria ketika disapa pemberita sebelum masuk ke dewan, Azman sempat memberi salam dan bertanya khabar wakil media yang hadir membuat liputan kes tersebut. "Sudah sarapan?" sapanya ringkas. Azman diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilan dan Norman Mohd Nasir. Manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Hadi Hakimi Harun, Goh Hsiao Tung dan Zahidah Zakaria.
Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa, remaja lelaki berusia 16 dan 17 tahun dengan cara melakukan perbuatan kelucahan melampau. Kesalahan itu dilakukan di sebuah tandas dan ruang tamu sebuah rumah di Taman Tiara Sendayan di Nilai, Negeri Sembilan. Azman didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. -CARI Sumber: mStar
|
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 01:18 PM
prosiding tertutup sebab mangsa bawah umur ke?
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 01:18 PM
prosiding tertutup sebab mangsa bawah umur ke?
prettyuglybabe replied at 15-12-2023 01:18 PM
prosiding tertutup sebab mangsa bawah umur ke?
ADVERTISEMENT