SINGAPURA – Gara-gara tak tahan perangai pelik jirannya yang membuat ketukan pada dinding unit flatnya sehingga berlubang di Beo Crescent, Singapura, seorang lelaki terpaksa tidur di dalam kereta selama dua bulan.
The New Paper melaporkan, jirannya mengetuk dinding unit flat tersebut dengan menggunakan tangan, namun seminggu kemudian, dia menggunakan peralatan untuk berbuat demikian. Situasi itu menyebabkan berat badan lelaki berkenaan susut 6 kilogram selain terpaksa mengambil ubat kerana dihantui perasaan bimbang. “Dia (jiran) akan ketuk dinding pada waktu siang dan malam di dinding bilik tamu dan bilik tidur. Kadang kala dia akan mengetuk dinding selang beberapa jam dan bunyi kuat ketukan itu menakutkan kami,” katanya yang dikenali sebagai Xu dan bekerja sebagai pemandu peribadi. Menurut Xu, jirannya pernah mencurahkan air kecil di luar unit flatnya dan meludah pada mukanya selepas dia mengadu tentang bunyi bising itu.
Pada 16 Oktober lalu, jirannya itu mengetuk dinding flatnya selama empat jam dan Xu terpaksa menghubungi polis. Sejak itu, dia takut untuk pulang ke flatnya dan kini tidur di dalam kereta. Isteri Xu pula berpindah ke rumah keluarganya. Xu memberitahu bahawa dia telah membuat aduan kepada Lembaga Perumahan dan polis tetapi mendakwa tiada sebarang tindakan diambil berhubung perbuatan tersebut. – CARI Sumber: Kosmo |
ADVERTISEMENT