CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamas Sembunyi Dalam Keranda Ke? Tergamak Zionis Israel Musnahkan Tanah Perkuburan Palestin Guna Kereta Kebal

15-12-2023 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5760| Komen: 12

PETALING JAYA – Rejim Zionis Israel  tergamak memusnahkan kawasan tanah perkuburan umat Islam Palestin menggunakan kereta kebal.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang jurugambar bebas dari Gaza, Wissam Nassar yang memuat naik video di Instagram mengenai keadaan tanah perkuburan yang dimusnahkan rejim Zionis Israel.





“Perkuburan di kejiranan Al Falouja di dalam kem pelarian Jabalia dimusnahkan oleh tentera penjajah di kawasan utara Gaza semalam,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Berdasarkan video, kelihatan kesan seperti kereta kebal telah melalui kawasan tanah perkuburan itu serta memusnahkan kubur-kubur yang berada di situ.

Ia kemudian mengundang kemarahan orang ramai terhadap perbuatan melampau rejim Zionis Israel.



“Tanah perkuburan pun? Mereka ini tak lepaskan peluang untuk menunjukkan setiap hari siapa sebenarnya mereka,” komen Alexandra Mascia.

“Inikah yang dinamakan mempertahankan diri?,” soal seorang lagi pengguna Instagram.

“Jadi Hamas menyembunyikan diri di dalam keranda? Musnahkan tanah perkuburan memang melampau,” kata individu lain. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msdummy.2018 15-12-2023 10:25 AM
Nihh contoh terbaik menuduh tanpa bukti....

"Xmustahil hamas menyorok kat dlm kubur sb nk amik fefeling katakan"



Quote BoongaKertas 15-12-2023 11:43 AM
pendatang dr neraka mcm ni lah perangai dia. takut dgn bayang2 sendiri. hasbunallah wani'mal wakeel...
Quote Simunggu 15-12-2023 12:04 PM
bangsa terkutuk...perangai mengalahkan bintang..
Quote kitaserupaaa 15-12-2023 12:21 PM
Ratakan tanah utk next settlement kot
Quote Sazreena 15-12-2023 12:52 PM
Memang dorang tengah sesiap nak bunuh dan ratakan Palestin...biar senang dorang nak pacak umah haram, buat projek taman tema.
Quote nw111 15-12-2023 12:53 PM
Mmg celaka laknatullah yahudi Zionist syaitonnirrojim ni..
Quote Solokkk 15-12-2023 02:03 PM
Setan terpaling…..
Quote ctaz 15-12-2023 03:53 PM
askar yahudi laknat....hanya berani dgn kanak2...org pompuan...org tua2..dan mayat...


Quote sharlenetexas 15-12-2023 03:57 PM
Askar idf pondan, ko ada jumpa hamas ke? Level tah*k korang ni.

Quote Cassieopeia 15-12-2023 04:26 PM
Alasan nk cari hamas padahal nk ratakan tanah. Dh byk diorg plan nk buat kt tanah palestin ni kan. Mmg keji setanyahu tu
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:28 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:41 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.082115 second(s), 42 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top