CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sekolah Buat Majlis Graduasi Tingkatan 5 Di Hotel, Mak Ayah B40 Gerhempas Pulas Nak Cari Duit

15-12-2023 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11566| Komen: 110

Sebuah sekolah dikatakan memohon sumbangan untuk menjayakan program akhir tahun membabitkan pelajar Tingkatan 5 di sebuah hotel.

Surat itu menyatakan bahawa sumbangan itu untuk menampung kos perbelanjaan murid-murid daripada keluarga B40 dan kurang berkemampuan bagi acara selama dua hari itu.


“Pihak sekolah amat memerlukan sumbangan tunai berjumlah RM800 bagi menampung kos perbelanjaan murid-murid kurang berkemampuan dan B40 yang ingin turut serta dalam majlis meraikan tahun terakhir mereka sebelum meninggalkan alam persekolahan,” ujarnya.



Menurut hantaran itu, dia bersimpati dengan ibu bapa yang kurang mampu tetapi mahu melihat anak-anak mereka menyertai majlis tamat darjah 6 dan tingkatan 5 di hotel.

Katanya jika tiada bajet untuk menanggung kos tersebut, ahli jawatankuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) akan meminta sumbangan dan derma.


“Ibu bapa ‘berkikis’ cari duit nak penuhi impian ‘orang’ yang beria nak buat tu. Bukan sikit kosnya, selain kos hotel dan makanan, kadang ada tema yang wajib dipatuhi juga. Beratus juga nak membayarnya.

“Buatlah surat minta daripada surau atau orang perseorangan untuk menderma. Minta sana sikit, sini sikit untuk mencukupkan jumlahnya.

“Kemudian disuruhnya budak-budak sebarkan surat minta derma kepada ibu bapa yang gajinya sedikit besar. Alasannya nak bagi budak B40 merasa sama,” tulis Mohd Ezairol Rezan Zainol di Facebook.


Gambar Hiasan

Dia mempersoalkan kenapa masih perlu menganjurkan majlis di hotel sekiranya terdapat ibu bapa dan murid-murid yang tidak mampu.

“Mak ayah budak-budak tu bukannya cap duit. Kasihan kat orang yang kurang mampu. Ada sesetengah ibu bapa ‘berada’ kononnya beria-ria nak majlis graduasi ini dibuat di hotel.

“Bagi yang mampu tak ada masalah, boleh hadir. Tapi bagi yang tak mampu, murid-murid ni tak terasa kecewa ke? Ada murid yang ‘down’ sebab malu dengan kawan-kawannya.

“Takkan sebagai ibu bapa, kita nak biarkan saja anak kita tengok majlis tamat sekolah kawan-kawan mereka. Mestilah mereka sedih kan,” ujarnya.

Sampai satu masa, bekas AJK PIBG di sebuah sekolah itu berkata, majlis tersebut lebih dianggap untuk golongan kaya sahaja.

“Keluarga yang tak mampu mungkin terpaksa juga cakap begini, Itu majlis untuk anak-anak orang kaya dik. Maafkan ibu dan ayah dik, ibu dan ayah tak mampu.

“Adik belajar pandai-pandai. Bila dah berjaya nanti, adik jadi pengetua atau guru besar dan jangan buat macam tu. Kasihan orang macam kita yang tak mampu,” tulisnya.

Sesetengah pihak sekolah memaklumkan bahawa majlis yang diadakan di hotel mendapat persetujuan majoriti, sekali gus dia berpendapat pentingnya semua ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG.

“Masalahnya, keluarga yang kurang mampu lebih rela kerja daripada hadir meeting sebegini. Ada penjaga yang gaji hari, kais pagi makan pagi.

“Isu ketidakhadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG adalah satu perkara yang ada banyak sebab musababnya. Tak dinafikan ada ibu bapa yang malas ambil tahu hal sekolah anaknya.

“Tapi isu majlis graduasi di hotel ni isu kemanusiaan. Pandang dengan mata hati dan belas ihsan. Ada mak ayah sampai berhempas pulas kerja semata-mata nak anaknya dapat hadir. Itu belum lagi sampai berhutang,” katanya

Memberi peringatan kepada Yang dipertua PIBG, guru besar dan pengetua, katanya, duit PIBG merupakan sumbangan ibu bapa di sekolah dan segelintir persatuan itu didakwa menggunakannya atas nama majlis lain seperti ‘program kecemerlangan pelajar’.

“Adakah semua ibu bapa bersetuju dengan tindakan anda? Duit tersebut adalah amanah, yang digalas dan dipertanggungjawab di atas semua bahu AJK PIBG yang ada.

“Jangan sampai kita nanti disoal di akhirat sana kerana kita hanya diam atau mengiyakan saja perkara yang tidak sepatutnya.

“Jangan gunakan alasan tekanan daripada ‘ibu bapa berada’ atau murid-murid yang inginkannya, sedangkan kuasa untuk memutuskan majlis graduasi dibuat adalah berada di tangan anda berdua,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, katanya, bukan semua murid memahami situasi mahupun masalah kewangan yang dihadapi keluarga masing-masing.

“Yang mereka nampak ‘wow factor’ majlis graduasi dibuat di hotel-hotel terkemuka. Lebih baik majlis graduasi dibuat di dewan sekolah sahaja agar semua pelajar dari pelbagai latar belakang dapat hadir meraikannya,” katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 15-12-2023 09:30 AM
melampau la skola ni
trend graduasi dan pakaian sekola over ni boleh je nak buat
tp xyah tekan parent


ni sume inisiatif cikgu2 lorat kan?
Quote kasibiman 15-12-2023 09:31 AM
kau nak buat sangat kat otel.

kau pakailah dana pibg.

dana pibg mana? buat apa?

800 je kot dari dana pibg
Quote tungkai 15-12-2023 09:35 AM
Please la jgn normalize kan benda2 camni. Cikgu mana yg punya fantasi berair ni siap nak buat kat hotel bagai...??
Quote dua_chzy 15-12-2023 09:36 AM
Sumbangan tu maksudnya takda paksaan nak memberi. Kau nak sumbang, sumbang. Kau tak nak, takyah.

Jilaka punya netizens suma benda nak pertikai.
Quote dua_chzy 15-12-2023 09:38 AM
Ni bukan majlis graduasi duhai netizens. Ni program pecutan akhir SPM. Tapi aku syak sekali dengan majlis mohon restu pehtu majlis perpisahan la meka buat. Lagipun kau baca surat ke tak? 800 hengget tu untuk 80 orang pelajar YANG DAH SAH2 DIKENALPASTI KURANG BERKEMAMPUAN!
Quote hasniey 15-12-2023 09:40 AM
Maksudnya?pelajar kurang kemampuan tu nak ditanggung sorg rm800 atau rm800 tu utk semua pljr yg kurg mampu?
Yg pelajar lain pon sorg rm800 ke?cuba bgtau details bru senang nk faham
Quote dubuk 15-12-2023 09:40 AM
   
Quote dua_chzy 15-12-2023 09:40 AM
Jadi pihak sekolah memang dah berusaha kurangkan beban mak pak miskin B40 (tapi rokok mampu beli kan? Ha terasa la, terasa) ni dengan meminta sumbangan supaya 80 ORANG ANAK MEKA TU DAPAT SERTAI PROGRAM NI SECARA PERCUMA!

Cei.
Quote krustykrab 15-12-2023 09:42 AM
Apa keperluan tah nk buat graduation day utk tadika, sr, sm. Buang duit kot.Tk pyh la dok jadikan acara bodoh ni sbg acara wajib
Quote sayurmayur88 15-12-2023 09:43 AM
macam2 lah. iolls masa dedulu dari kluarga yg kurang kemampuan jugak. mujurlah masa zaman iolls takdernya nak gah bagai mcam ni. weolls buat kt kelas jah.. masing2 bawa makanan, then kongsi makan.. then p kelas sebelah tgk klu ada makanan lebih, boleh makan sesama.. dunia sekarang ni makin keras!!
Quote kitaserupaaa 15-12-2023 09:47 AM
Rm800 utk program di hotel sgt murah kot. Pihak sekolah tak cukup rm800 je kot that's why mohon sumbangan. Kos2 lain maybe dah ade yg lain tanggung
Quote VespaSilbe 15-12-2023 09:48 AM
dua_chzy replied at 15-12-2023 09:40 AM
Jadi pihak sekolah memang dah berusaha kurangkan beban mak pak miskin B40 (tapi rokok mampu beli kan ...

Asal boleh jadi konten kan ticer.. SK anak iols dah lama buat kat hotel ada dekat 10 tahun kut.. tu mintak sumbangan ada yg tangan laju memberi sekejap je penuh tabung..
Quote misc 15-12-2023 09:49 AM
Setakat 800, cikgu2 sekolah tu je lah top up duit tu. Dah jadi yearly event ko create la tabung sumbangan ikhlas collect rm10 dari setiap cikgu setiap bulan. Hujung tahun mesti cukup.  Kalau ada 10 cikgu, setahun dpt kumpul 1200. Sanggup ke cikgu2 sekalian?
Quote blekkep 15-12-2023 09:56 AM
sek ren pun buat graduation kat hotel yach utk darjah 6..kwn aiols ngadu kena keluar $500 utk 2 anak kembar sheols..cikgu siap malukan dlm whatsapp mention parents yg belum bayar..paksaan yach
Quote kucingitam 15-12-2023 10:03 AM
xyahla buat majlis kat hotel utk bebudak ni.. buat majlis kat sekolah je dahla.. hias dewan ramai2 sama2, makan catering kat acik kantin... buat games sikit2, seronok bebudak ni bila kenangkan balik nanti
Quote Thunderclouds 15-12-2023 10:16 AM
800 rega sgt ekonomi utk 80stodent yg kurang bkemampuan.

Menda tadak paksaan.

Cuma kurangkn la event kayangan gini kalo ada yg xmampu byr.

Kengkadang sorry to say la yer cikgu² pn kengkadang lg over dr stodent nk buat kt hotel bgai patu sudahnya gini la. Motip nk raikan stodent.
Patu mintak sumbangan org nk tolong topap kos!

Kalo international school tu lain la cita.

*sakit kepala tau acap² sekolah tagih sumbangan. Walau tadak paksaan, tp as parent aku malu kalo xhuloq. Aku laa, org lain bangsa tebal kulit muka pibg pn sampai nk abeh penggal cikgu kna tagih cam pengemis.
Salam jemaat buat acik² porom!
Quote SedihPedih 15-12-2023 10:25 AM
Rm800 tu kos total utk anak2 kurang berkemanpuan ke?

Zaman dulu2, latih tubi ke, program utk pecutan akhir buat kt sekolah, elok aja ramai yg cemerlang.

Takyahla nk bebankan kos kt org lain, melainkan mmg dh capai kata sepakat yg T20 setuju sponsor demi mengumpulkan pahala di donia.
Quote Nenolen 15-12-2023 10:28 AM
dua_chzy replied at 15-12-2023 09:38 AM
Ni bukan majlis graduasi duhai netizens. Ni program pecutan akhir SPM. Tapi aku syak sekali dengan m ...

itulahhh cikgu...kaka baca surat tu utk sumbangan program spm...tajuk dan isi artikal pencetus dosa bagi kaka2 porum yg jenis baca tajuk jer...mcm cikgu cakap sekolah mintak sumbangan...takmo tak payah...tiada paksaan...kaka dulu masa sekolah minta sumbangan program spm kaka bagi jer...dpt sumbang utk 2-3 murid spm yg susah pun jadilah...kawan2 anak kita juga...seronok diaorg tau pi program tu bersama2...ilmu dan kenangan buat mereka...sedekah buat kaka...gitu...


Quote zehra2 15-12-2023 10:29 AM
kalo kat sekolah aku ni mmg cikgu je lah yg top up..
sbb parents  mmg tak mampu. n ada pulak budak B40 tu mmg berpotensi cemerlang.
pejam mata je donate
yg penting budak tu mmg ndak join. kalo dipaksa pun, tak ada guna nya

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.060669 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top