CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tidak Rasa Kurang Darjat Makan Di Gerai Dan Warung," Anwar Ibrahim

14-12-2023 06:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27284| Komen: 39

Putrajaya: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu usaha mempromosi barangan Malaysia di peringkat antarabangsa dan tempatan dipertingkatkan dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau sendiri telah memainkan peranan mempromosi barangan Malaysia antaranya melalui pemakaian batik Malaysia di peringkat antarabangsa.


"Esok petang saya ke Tokyo, Jepun untuk mesyuarat ASEAN dan semua 10 negara ASEAN diundang Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan satu malam dia kata boleh pakai pakaian sut atau pakaian rasmi.

Foto: Harian Metro

"Saya bagi nota nak pakai batik Malaysia walau di sana (Jepun) musim sejuk, ini sebab saya rasa bertanggungjawab untuk promosi barang buatan Malaysia," kata beliau ketika berucap merasmikan Karnival Barangan Malaysia 2023 di sini hari ini.

Dari sudut mempromosi barangan Malaysia di peringkat tempatan pula,  Perdana Menteri itu berkata beliau telah menjadikan kunjungan ke gerai dan warung pada hari Jumaat untuk makan tengah hari sebagai acara tetap mingguan.


"Sebelum solat Jumaat saya pergi warung dan gerai dan makan di kedai tempatan. Ini cara promosi barangan Malaysia," katanya dan menambah ia dilaksanakan sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

Anwar turut menyeru anggota pentadbiran untuk menunjukkan kesungguhan dalam mempromosi serta menyokong barangan Malaysia

"Menteri, timbalan menteri, ketua setiausaha dan kawan-kawan ambil langkah tambahan (promosi barang Malaysia), ada kesungguhan.

"Saya sendiri tidak rasa kurang darjat saya makan di gerai dan warung tiap minggu … kopi atau makanan dihidang ini kadang-kadang lebih enak daripada restoran lima bintang," kata beliau.

Beliau turut menasihatkan kepada pengusaha produk Malaysia untuk terus mempertingkatkan mutu barangan mereka supaya dapat bersaing dengan syarikat luar.

"Puluhan syarikat (tempatan) telah menerobos ke jaringan antarabangsa bukan sahaja ASEAN tetapi beberapa negara Eropah," katanya.

Mengenai Karnival Barangan Malaysia selama empat hari bermula hari ini, Anwar berkata karnival itu telah membantu menyemarakkan pertumbuhan ekonomi negara.

"Kempen beli barangan Malaysia juga harganya itu sederhana ketimbang (berbanding) harga (barang) import. Ia bantu jana pertumbuhan ekonomi," katanya.

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) diperkenalkan kerajaan antaranya untuk mengimbangi cabaran dan tekanan globalisasi ekonomi semasa untuk merangsang pertumbuhan ekonomi domestik melalui peningkatan pembelian dan penggunaan produk tempatan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote unguaurora 14-12-2023 06:38 PM
Tinggi sgt ke darjat kau? Eh lupa.. pentaksubnya kan selalu buat ayat cmni : "dengan segala hinaan dan cacian yg telah kau terima selama ini, Allah telah mengangkat darjatmu ke tmpt yg lebih tinggi"
Quote Belibis 14-12-2023 06:56 PM
unguaurora: Tinggi sgt ke darjat kau? Eh l ...

Dah level kerajaan langit ehhh?[em:3:]
Quote caprut 14-12-2023 06:59 PM
Dia okay je makan dkt gerai. Walaun yg xpuas hati. Haha
Quote Redskin 14-12-2023 07:08 PM
Hahaha...tidak rasa kurang darjat, nak tanya tinggi sangat ke darjat ko?

YDPA pon rileks jer makan kat gerai dan warung, Agong lagi tu, tak kata apa2 pong.
Quote kaseh80 14-12-2023 07:25 PM
Darjat KAYANGAN madanon
Darjat MESikin.       Marhaens
Quote VespaSilbe 14-12-2023 07:46 PM
A ah.. kalau balik CTK pun dulu2 pun lepas sembahyang makan mee ketam
Quote mojarean_X 14-12-2023 07:51 PM
Mana walanon2 penyokong tegar bang non. Takkan cuma rajin wat thread yg ada poll bagai tu je. Meh lah join sini bekap bang non.
Quote shida81 14-12-2023 07:55 PM
Biasa je pm2 sblm ni.. Sultan.. Agong.. Mkn kt gerai.. Ko bukan org 1st pun...
Quote cmf_almondpecan 14-12-2023 08:09 PM
Makan sajalah di mana saja pun asalkan halal, bersih, selamat semua tu
Quote Tinot7 14-12-2023 08:16 PM
Iols setuju bab promo brg mesia..
Quote xy_daen 14-12-2023 08:17 PM
Macam tinggi sangat darjat kau
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2023 08:18 PM
segala kata cacian
yang telah engkau berikan
membuatku rasa kosong, kosong, oh
setiap tutur diperhatikan
kau cari cara putar belitkan
kau jadikan diriku kosong, kosong, oh-oh



[youtube]DzdXMHaGCTQ[/youtube]
Quote Perwira2022 14-12-2023 08:19 PM
caprut replied at 14-12-2023 06:59 PM
Dia okay je makan dkt gerai. Walaun yg xpuas hati. Haha

Mestilah walaun tak puas hati... Bukan ke darjat penjubo sepatutnya makan kat tepi longkang atau tepi tong sampah? Dah  biasa main benda kotor kan. Ni apahal lak makan kat warung darjat golongan straight?
Quote Perwira2022 14-12-2023 08:21 PM
shida81 replied at 14-12-2023 07:55 PM
Biasa je pm2 sblm ni.. Sultan.. Agong.. Mkn kt gerai.. Ko bukan org 1st pun...

Try hard sangat nak dilihat zuhud & terpaling berjiwa rakyat ppprprfttttt
Quote pengecatbintang 14-12-2023 08:25 PM
mojarean_X replied at 14-12-2023 07:51 PM
Mana walanon2 penyokong tegar bang non. Takkan cuma rajin wat thread yg ada poll bagai tu je. Meh la ...

ini jer kualiti pembangkang?

pathetic


Quote VespaSilbe 14-12-2023 08:26 PM
Satu team la zuhud... Bukan makan sorang2.. mentekedarah free.. takkan lauk eshe2
Quote caprut 14-12-2023 08:26 PM
Perwira2022 replied at 14-12-2023 08:19 PM
Mestilah walaun tak puas hati... Bukan ke darjat penjubo sepatutnya makan kat tepi longkang atau t ...

Ouh. Kalau mcm tu jemin makan dgn hadi awang dkt longkang atau hadi awang yg gay?
Quote pengecatbintang 14-12-2023 08:27 PM
x der isu2 yg berkualiti sikit ker...

politik murahan dimainkan oleh manusia2 murahan



Quote mojarean_X 14-12-2023 08:27 PM
26171412092_5f8bab71be_z.jpg

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.128135 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top