CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Puas Hati Terpaksa Cuti Lima Hari Tanpa Gaji Untuk Kuarantin Covid-19- Syarikat Mahu MC, Tak Terima Status Mysejahtera

14-12-2023 05:36 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 28053| Komen: 46

PETALING JAYA – Seorang wanita mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama lima hari disebabkan perlu menjalani kurantin kendiri akibat positif jangkitan Covid-19.

Dakwa wanita itu lagi, pihak syarikat suaminya enggan menerima status MySejahtera serta meminta sijil cuti sakit (MC)sebagai bukti untuk tidak hadir bekerja.


Gambar Hiasan

“Suami positif Covid-19, tapi doktor tak nak bagi surat MC. Doktor maklumkan ikut pada MySejahtera sahaja.

“Masalahnya pihak syarikat tempat kerja suami tak nak terima, cuti lah tanpa gaji, lima hari, perit juga.

“Kenapa doktor tak nak bagi MC ya? Kalau demam biasa boleh pula bagi siap tanya nak ke tak MC,“ soalnya dalam hantaran di Facebook.

Sementara itu, tampil menjawab pertanyaan wanita terbabit, Public Health Malaysia (PHM) menerusi ruangan komen memaklumkan, sekiranya seseorang individu didapati positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri di rumah, mereka hanya perlu menyerahkan salinan sijil digital Home Surveillance Order (HSO) kepada pihak syarikat.


“Memang itu prosedurnya (tiada pemberian MC) sebab HSO lagi kuat dari MC (untuk mohon pengecualian bekerja),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Mohd. Noor memaklumkan pihak majikannya juga enggan menerima sijil digital HSO untuk memohon cuti akibat perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Dakwa pengguna tersebut, pihak syarikat menuntut sijil cuti sakit dan sekiranya gagal berbuat demikian, dia perlu bekerja seperti biasa atau pemotongan gaji sepanjang tempoh bercuti. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasa 14-12-2023 05:42 PM
Ingat HR org keje swasta ni bijok sgt.
Quote emera 14-12-2023 05:47 PM
Pegi je laa keje mcm biasa. Kasi jangkit satu ofis biar padan muka.
Quote VespaSilbe 14-12-2023 06:07 PM
Mmg gitu ya.. doctor iols pun cakap cemgitu jgk
Quote opie5662 14-12-2023 06:08 PM
Pegu je keje.. Pas tu batuk kan kat muka sume org dlm opis tu.. Hahha
Quote ina_na 14-12-2023 06:27 PM
P je keje..lps Tu p jumpa manager HR..p batuk depan muka dia...
Quote antikorok 14-12-2023 06:37 PM
emera replied at 14-12-2023 05:47 PM
Pegi je laa keje mcm biasa. Kasi jangkit satu ofis biar padan muka.


I loike your statement
Itu jah ubat bagi syarikat voodo

Hapa gile org tengah sakit Covid tapi kena paksa datang kerja. Bior kena saman dgn kkm sebab sengaja cetus kluster baru. Dasar syarikat voodo tak buleh diajor
Quote seripahzeripah 14-12-2023 06:43 PM
Hr skrang minta mc sebab ramai naw dah menipu mysejahtera..sbb mysejahtera kan isi manual..so ramai la yg menipu disebabkan nk cuti 5 hari punya pasal...

Sbb ada bnyak kes...awal bulan ni pekerja tipu konon kena kobid..sekali hujung bulan betul2 kena kobid..so mcm mna hr nak percaya..

Disebabkan bebongok yg suka menipu kobid ni la buat hr tak percaya n ragu2 betul ke kau kena kobid..
Quote Tinot7 14-12-2023 06:48 PM
Takkan doktor takleh bg MC? Insist for the MC la..
Quote krustykrab 14-12-2023 06:50 PM
Kalau klinik A tk nk bg mc pegi la klinik b, c,d, e sampai jumpa yg blh bg mc
Quote aechae 14-12-2023 06:53 PM
Tinot7 replied at 14-12-2023 06:48 PM
Takkan doktor takleh bg MC? Insist for the MC la..

Ada klinik xnk terima as patient pn yg positif covid..nk mnta MC mcm mna nk msuk dlm klinik pn x boleh
Quote astatine 14-12-2023 07:16 PM
Kilang iols pun camni. Tapi kan klu buat swab kat klinik ada surat pengesahan klinik keluarkan. So pki surat klinik tu kilang iols terima. Klu just bg hso mmg diorg xaccept sbb takut tipu status
Quote kitaserupaaa 14-12-2023 07:22 PM
Buat ujian swab kat klinik & dptkan result yg positif tu kasik kt hr. Boleh mintak sekali surat kuarantin dari doc.
Quote Tinot7 14-12-2023 07:58 PM
aechae replied at 14-12-2023 06:53 PM
Ada klinik xnk terima as patient pn yg positif covid..nk mnta MC mcm mna nk msuk dlm klinik pn x b ...

Maksud iols minta MC masa 1st time jumpa doktor dan dpt diagnosis kobid.. jgn buat test kat umah sendiri sbb nnt takleh nak dpt MC, kena bergantung kpd report mysejahtera..
Quote kakikuDibibirmu 14-12-2023 08:39 PM
Mungkin HR tu memerlukan calitan dubur baharu dia puas hati
Quote _kelly 14-12-2023 08:42 PM
bukan company dia saja, baru2 ni management company iols pon bgtau yang sama..sapa2 kena covid, kena bagi mc kalau takmau datang kerja..mysejahtera tak valid dah tapi nasib baik kami ada option wfh tapi habis kuarantin 5 hari tu tetap kena masuk ofis walaupun kau masih demam atau batuk
Quote mojarean_X 14-12-2023 08:45 PM
ina_na replied at 14-12-2023 06:27 PM
P je keje..lps Tu p jumpa manager HR..p batuk depan muka dia...

Brilliant idea
Quote aechae 14-12-2023 09:12 PM
Tinot7 replied at 14-12-2023 07:58 PM
Maksud iols minta MC masa 1st time jumpa doktor dan dpt diagnosis kobid.. jgn buat test kat umah s ...

Xramai yg pegi klinik assuming kena covid..
klu dh mmg close contact ramai2 xda simtom pn lg lh xkn jejak masuk klinik tp bila kna buat test bru tau..
Melainkn diam2 je lps tu g klinik pura2 xtau konon x test lg pastu doc klinik swabkan boleh lh..

Quote gigahertz 15-12-2023 01:38 AM
aechae: Ada klinik xnk terima as patient pn yg positif covid..nk mnta MC mcm mna nk msuk dlm klinik pn x boleh

macam dulu la. nak beli mask kat farmasi.
tak boleh masuk farmasi sebab tak pakai mask.
Quote gigahertz 15-12-2023 01:39 AM
ina_na replied at 14-12-2023 10:27 AM
P je keje..lps Tu p jumpa manager HR..p batuk depan muka dia...

lepas batuk tu buat2 sesak nafas jatuh guling guling
buat bunyi lembu kena sembelih. mulut buih buih

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.094176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top