CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Akan Rakam Keterangan Remaja Dakwa Dibuli Di Sekolah Asrama Penuh

14-12-2023 05:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 18121| Komen: 2

KUALA LUMPUR – Polis akan merakam keterangan pelajar yang mendakwa melarikan diri diri sekolah asrama penuh di Cheras gara-gara tidak tahan dibuli.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, tindakan tersebut bakal diambil selepas remaja berusia 14 tahun tersebut selesai menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).



Foto: Kosmo

“Selepas sahaja dia (pelajar) keluar daripada hospital, barulah kita akan rakam percakapan dan putuskan sama ada wujud unsur buli.

“Kita perlu rakam keterangan dahulu, baru putuskan tindakan yang seterusnya,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14 yang dilaporkan hilang pada Rabu minggu lalu dari sebuah sekolah berasrama penuh mendakwa melarikan diri kerana dibuli.

Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, dilaporkan berkata, anaknya yang ditemukan oleh orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, dekat sini mengakui dibuli dengan teruk dan dalam keadaan lemah.


Dalam perkembangan berasingan, Allaudeen memaklum kes pembunuhan seorang akauntan di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru, masih di peringkat mengesan motif pembunuhan.

“Setakat ini dua orang sudah ditahan. Polis perlukan sedikit masa lagi untuk menyiasat dari segi motif dan lain-lain lagi dengan lebih mendalam,” katanya.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:29 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:44 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.036541 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top