CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mommy Bangga Dapat Lahirkan Abang, Penghuni Syurga Allah,” Ibu Zayn Rayyan

14-12-2023 05:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16277| Komen: 41

PETALING JAYA – Ismanira Abdul Manaf, 28, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, berkongsi video di Instagramnya berserta kapsyen yang meruntun jiwa.

“Terima kasih sebab pernah hadir dalam rahim mommy, mommy bangga dapat lahirkan abang, penghuni syurga Allah,” katanya yang turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang menjaga dan membesarkan anaknya itu selama enam tahun.


Foto: IG

Semalam, Ismanira turut berkongsi kenangan terakhir dia dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, meluangkan masa berjalan-jalan dengan anak sulungnya itu pada 4 Disember lalu, sehari sebelum kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang.

Melalui hantaran di Instagramnya, dia memuat naik tujuh potret mereka sekeluarga termasuk adik kepada Zayn Rayyan ketika berkunjung ke sebuah pusat beli belah di sini.



Sehingga kini, kisah Zayn Rayyan masih hangat dibualkan dalam kalangan masyarakat sejak kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu, namun keesokkan harinya kira-kira pukul 10 malam, mayatnya ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartment Idaman, Damansara Damai, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasi sebagai kes bunuh selepas bedah siasat menemukan kecederaan pada leher dan badan kanak-kanak itu.



Dalam perkembangan terbaharu melibatkan siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan, polis menjumpai sehelai stoking dalam air bertakung di sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat kanak-kanak itu ditemukan.

Menurut Hussein, bagaimanapun setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti stoking itu adalah milik Zayn Rayyan atau sebaliknya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 14-12-2023 05:33 PM
Ya Allah sebaknya tgk video..
Quote doubleA 14-12-2023 06:06 PM
Allah lebih mengetahui kenapa sampai disitu sahaja umurnya
Quote noor2 14-12-2023 06:08 PM
Kenapa mak dia asyik meluahkan kat socmed.  Org sedih x denya tgk socmed dah. Hati tgh remuk.. x de masa nk berdrama bg public tgk.
Quote IzzahF 14-12-2023 06:15 PM
noor2 replied at 14-12-2023 06:08 PM
Kenapa mak dia asyik meluahkan kat socmed.  Org sedih x denya tgk socmed dah. Hati tgh remuk.. x de  ...

she baru 4 kali update fb chuols, 1 tu repost. 3 tu gambar sehari sebelum hilang. biarla dia meluah kat fb tu ada juga mak2 yg bg kata2 semangat situ terubat rasa hati agaknya. since tak nampak family izz tu tak sure ada family atau sebatang kara...masih dlm keadaan trauma mcm2 lg, pembunuh pun tak jumpa2 lg.

1st post pun 4 hr lepas
Quote noor2 14-12-2023 06:17 PM
IzzahF replied at 14-12-2023 06:15 PM
she baru 4 kali update fb chuols, 1 tu repost. 3 tu gambar sehari sebelum hilang. biarla dia melua ...

Yela...maafla ..lain org lain cara ye dak...
Quote Buritan 14-12-2023 06:53 PM
mojarean_X: Acik x malu ke cuai jaga anak?


Ontahhhlaaa.. harap kita dan ketrunan jgn cuai sudahlaa.. nak marah pun benda dah jadi.. tak guna..
Quote Buritan 14-12-2023 06:56 PM
doubleA replied at 14-12-2023 06:06 PM
Allah lebih mengetahui kenapa sampai disitu sahaja umurnya

Mcm nabi khidir kan bunuh sorg budak.. rupanyaa budak tuu bila besar nanti sesatkan mak bpk dia mcm tuu laa.. takde le kata zayn ni jahak bila besar nanti.. ade sbb laa Allah ambil cepat.. dia dah happy dah kat sana
Quote edayildiz 14-12-2023 07:06 PM
la mak dia 28 ke..serius la bkn 38 ke
bertabah la ye..semoga keluarga arwah dpt bertabah..sedih giler kes hilang ank mcmni..hilang kucing pun blh gil apatah lg ank.
Quote mojarean_X 14-12-2023 07:44 PM
Buritan replied at 14-12-2023 06:53 PM
Ontahhhlaaa.. harap kita dan ketrunan jgn cuai sudahlaa.. nak marah pun benda dah jadi.. tak guna. ...

Ye lah. Bg iols x sesuai dia post2 bagai ni sbb masih dlm siasatan polis. Tunggu dh reda semua baru post. Ingat siasatan polis meliputi semua pihak termasuk keluarga sendiri
Quote Buritan 14-12-2023 07:47 PM
mojarean_X replied at 14-12-2023 07:44 PM
Ye lah. Bg iols x sesuai dia post2 bagai ni sbb masih dlm siasatan polis. Tunggu dh reda semua bar ...

Yepp betul tuu.. semua gigih luah prasaaan dlm fb.. pdhl ko cuai..
Quote virgocircus 14-12-2023 07:49 PM
Walaupun iols x berapa gemar dgn si mak yg duk update ditengah2 kes sdg berjalan ni, tapi jika itu cara dia grief, xpelah.
Quote blue_blur 14-12-2023 08:02 PM
noor2 replied at 14-12-2023 06:08 PM
Kenapa mak dia asyik meluahkan kat socmed.  Org sedih x denya tgk socmed dah. Hati tgh remuk.. x de  ...

kalau ada lagi lepas ni, mari kita kecam... nyampah juga nak nunjuk2 emosi dia dengan cara ni..
Quote Tinot7 14-12-2023 08:10 PM
Moga2 dpt tangkap pembunuhnya..
Quote makita 14-12-2023 08:14 PM
Buritan replied at 14-12-2023 07:47 PM
Yepp betul tuu.. semua gigih luah prasaaan dlm fb.. pdhl ko cuai..

Betul, mahal harga sebuah kecuaian tu.
Quote noor2 14-12-2023 08:35 PM
blue_blur replied at 14-12-2023 08:02 PM
kalau ada lagi lepas ni, mari kita kecam... nyampah juga nak nunjuk2 emosi dia dengan cara ni..

Mesti ada lagi.
Quote shernazz 14-12-2023 08:37 PM
Entah le..
Iols sedih nengok video tu
Bila memgingatkan dia kena bunuh
Isk...
Quote ekselen 14-12-2023 08:38 PM
Buritan replied at 14-12-2023 07:47 PM
Yepp betul tuu.. semua gigih luah prasaaan dlm fb.. pdhl ko cuai..

knp iols pun dok fikir benda yg sama ye? dr satu sudut, it's like mcm nk mengalih perhatian org psl kecuaian sheols dgn update yg dialah ibu yg terpaling menjaga anak but at the same time sheols cuai...sbb tu x perlu update kisah2 ni dulu..maybe boleh minta doa org ramai utk mudahkan urusan sheols sekeluarga dan letakkan diri dlm tempoh bertenang..
Quote Suchi 14-12-2023 08:41 PM
Buritan replied at 14-12-2023 06:53 PM
Ontahhhlaaa.. harap kita dan ketrunan jgn cuai sudahlaa.. nak marah pun benda dah jadi.. tak guna. ...

Bukan bleh hidupkan balik anak tu pun, sbb tu iols malas nk kecam beria pasal cuai ke apa nih kita dah tau amik iktibar jela sbb kita pun ada anak
Kalau takda anak maybe anak kucing ke plak ilang
La ni semua bayar cash je hari ni ngata org esok balik kat diri kita
Tgk jela influencer yg suka ulas umah tangga org tu ujung2 berbalik kat muka sendiri plak baru tau cemana kena kecam satu malaysia.
Quote Kurex 14-12-2023 08:43 PM
Iols doakan kemaluan pembunuh tu membusuk dan ditumbuhi kulat dan nanah serta perut membusung

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.037427 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top