PETALING JAYA – Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai pada petang 5 Disember lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua saksi kanak-kanak itu berjaya dikesan ketika ‘mass DNA screening’ (ujian DNA beramai-ramai) dijalankan di apartmen itu pada Ahad lalu.
“Hasil ‘mass screening’ sebelum ini, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa (Zayn Rayyan) di blok R. “Menurut saksi, Zayn dilihat berseorangan berada di tingkat 2 dan 3 blok R pada petang 5 Disember lalu,”ujarnya ketika dihubungi. Terdahulu pada 7 Disember lalu, Kosmo! melaporkan Kematian seorang kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang mayatnya ditemui di sebuah anak sungai berhampiran Apartmen Idaman, Damansara Damai disahkan dibunuh.
Punca kematian kanak-kanak enam tahun itu disahkan oleh Hussein, selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa. Kata Hussein, hasil bedah menemui kesan kecederaan pada leher dan badan. -CARI Sumnber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT