Seorang pemuda menemukan bangkai seekor ular sawa di dalam body kit keretanya. Azzuri Syariemy berkata dia telah menghidu bau busuk di dalam keretanya sejak dua sebelum itu. Selain membuat cucian sendiri, Azzuri turut membawa keretanya ke pusat servis (SC), namun mereka gagal mencari punca bau kurang menyenangkan itu.
"Peristiwa pagi ni. Setelah dua hari mencari punca bau yang kurang menyenangkan. Setelah basuh luar dan dalam, bahagian enjin cuci. "Bawa ke SC untuk periksa dan cari mana datang bau, tapi SC tak jumpa punca. Akhirnya pagi ni bawa ke kedai aksesori kereta untuk selongkar puncanya. "Agak terkejut juga. Ingatkan bangkai tikus. Rupa-rupanya ada bangkai ular sawa dalam skirting hitam tepi side step. Skirting tu memang original, tak pernah buka. Ada lubang dari tepi membolehkan ular itu masuk," katanya di Facebook.
Azuri turut berkongsi beberapa foto menunjukkan pekerja bengkel sedang membuka body kit keretanya sebelum menemukan bangkai haiwan berkenaan. Azzuri berkongsi kisahnya itu menerusi laman Facebook Aruz Club Malaysia sehingga dia menerima lebih 500,000 komen daripada netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemuda itu selepas dua hari dia terpaksa menghidu bau bangkai di dalam keretanya. "Situasi sama tempat yang sama macam aku. Nak hilang bau bangkai dekat sebulan juga. Seksa tak boleh pasang aircond. "Saya punya kereta pun dah kena tiga bulan lepas. Bau bangkai kuat sangat. "Bangkai ular memang busuk gila-gila bang," tulis beberapa netizen. Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai bangkai kucing dan tikus di dalam kereta masing-masing. -CARI Sumber: mStar
|
tri-max replied at 14-12-2023 05:14 PM
ular ni... mati ke hidup ke mmg menyusahkan org je
takda manfaat selain jadik haiwan pemburu
ADVERTISEMENT