CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyalakan Api Pada Tisu, Lelaki Bakar Ibu Mentua Di Hospital

14-12-2023 02:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3145| Komen: 4

Seorang lelaki warga Korea dipenjara dua tahun enam bulan selepas didapati bersalah kerana membakar ibu mentuanya ketika melakukan upacara menghalau syaitan.

The Korea Herald melaporkan, suspek yang berusia 44 tahun itu dikatakan menjaga mangsa, 68, di sebuah hospital tetapi sebaliknya yang berlaku apabila suspek bertindak menyalakan api pada kepingan kertas tisu sebelum melemparkan ke arah ibu mentuanya.


Mangsa dilaporkan melecur tahap dua di bahagian kulit kepala, tangan kiri, muka dan leher. 

Gambar Hiasan

Suspek didakwa melanggar Perkara 164, Fasal 2 Akta Jenayah dan memperuntukkan seumur hidup namun Jawatankuasa Hukuman mengesyorkan hukuman penjara antara dua tahun enam bulan hingga lima tahun penjara.

Peguam yang mewakili tertuduh mendakwa suspek tidak sengaja mencederakan mangsa malah suspek dikatakan mengalami penyakit mental ketika jenayah itu berlaku.


Bagaimanapun, mahkamah menolak dakwaan suspek tidak waras dan pertuduhan cubaan membunuh dengan mengatakan bahawa bukti yang dikemukakan tidak mencukupi untuk membuktikan suspek berniat membunuh mangsa. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 15-12-2023 01:40 AM
Korea Utara ke Korea Selatan ?
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:30 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:44 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.146751 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top