CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Dedah Pelajar Tahun Satu Buat Aksi Lucah Dalam Kelas "Hanya Taip *** Keluar Benda Lucah"

14-12-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7843| Komen: 2

Seorang guru yang juga merupakan pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi berkongsi satu aduan yang diterimanya dipercayai daripada seorang guru mengatakan bahawa seorang pelajar tahun satu di sekolahnya melakukan aksi lucah di dalam kelas.


Dia sangat pelik dengan tindakan seorang pelajar yang masih mentah. Katanya, dia meminta kanak-kanak itu membuka carian di YouTube yang sering ditonton.


Gambar Hiasan

"Di sekolah saya ada murid tahun 1, selalu buat aksi lucah dalam kelas. Saya pelik sungguh, siap senyum-senyum lagi. Sekali saya bagi phone dan minta dia search apa yang dia tonton di Youtube.

"Saya istighfar panjang! Hanya dengan taip *** terus keluar benda lucah. Walhal, majoriti murid dalam kelas saya ini membaca dan mengeja pun tak tahu."

Di akhir hantarannya itu, Fairuz menitipkan nasihat buat semua ibu bapa di luar sana untuk sentiasa memerhatikan tindak tanduk anak mereka sewaktu di rumah.


Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut mengambil maklum mengenai isu yang membimbangkan ini.

Menurut Fahmi, pihaknya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan berbincang dengan pihak Google bagi membantu menyelesaikan perkara tersebut.

"This is ridiculous. Saya & MCMC akan bertemu pihak Google untuk bincang dan selesaikan perkara ini. Insya-Allah pertemuan minggu depan." -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:31 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:44 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.046351 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top