CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Ada Pesanan Kepada Kamu Di Indonesia Dan Malaysia," Influencer Israel Play Victim Pula

14-12-2023 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9502| Komen: 19

Kuala Lumpur: Pempengaruh popular Israel, Hananya Naftali memetik nama Malaysia dan Indonesia dalam satu kandungan video terbarunya, Selasa lalu.

Naftali menyampaikan pesanan kepada rakyat Malaysia dan Indonesia supaya tidak mempercayai laporan media masing-masing mengenai konflik perang yang berlaku di Palestin ketika ini.


Lebih melucukan, Naftali 'play victim' dengan memutar belitkan fakta untuk menampakkan Israel tidak bersalah meragut lebih 18,000 nyawa rakyat Gaza sebaliknya mencipta naratif buruk terhadap pejuang Hamas.




"Saya rakyat Israel ada pesanan kepada kamu di Indonesia dan Malaysia.

"Media kamu berbohong kepada kamu dengan menunjukkan imej menyayat hati rakyat Palestin menderita tapi mengabaikan pihak Israel," kata lelaki itu menerusi Instagram rasminya.

Naftali mendakwa, bukan Israel yang memulakan perang berkenaan sebaliknya dia menyalahkan Hamas kononnya menyerang dan membunuh orang awam.


"Hamas sekarang menggunakan rakyat Palestin sebagai perisai manusia untuk melindungi diri mereka daripada serangan Israel.

"Mereka melakukan jenayah perang dan tidak peduli nyawa rakyat Palestin sedangkan Israel lebih ambil berat terhadap Palestin," dakwanya.


Dia turut mempertahankan tindakan rejim Israel menyerang Gaza sebagai membalas serangan Hamas, 7 Oktober lalu.

"Jika ini berlaku kepada negara kamu, pasti kamu mahu tentera mempertahankan dan membalas balik.

"Maka berhentilah jadi hipokrit," katanya mengakhiri rakaman video itu yang meraih lebih 31,600 komen.

Meninjau ke ruangan komen, sebilangan kecil netizen masih buta hati dan sejarah dengan terang-terangan menyokong 'perjuangan' Israel manakala kebanyakannya menghentam Naftali kembali.

Naftali sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila video temubual dalam aplikasi X bersama seorang individu mendakwa dari Johor Bahru, Johor membuat kenyataan salah mengenai hubungan Malaysia-Israel apabila berpandangan perlunya ada normalisasi hubungan antara dua negara.

Lelaki dikenali sebagai Victor Yong Jen Ong itu turut menyalahkan kumpulan pejuang Fatah dan Hamas sehingga rakyat Malaysia berpandangan serong terhadap Israel.

Susulan itu, polis menahan lelaki berumur 36 tahun bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang disyaki menyokong Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

Berdasarkan The Jerusalem Post, Naftali juga ialah aktivis dalam memerangi antisemitisme, antizionisme dan gerakan Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) produk Israel.

Naftali juga memainkan peranan dalam pasukan digital Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sejak tiga tahun lalu.

Dia dilaporkan berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dan pernah memerangi Hamas semasa Operasi Protective Edge pada Julai 2014. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 14-12-2023 02:20 PM
Dunia tipu2.

People will believe what they want to believe.

Bukti semua tu akan diterima dengan gembira apabila menyokong kepercayaan mereka selebihnya tak relevan pun.

Quote yenil95 14-12-2023 02:25 PM
ahaha ahaha.

mesti dia ingat org nusantara ni bodoh.
Quote Kentot_Wangi 14-12-2023 07:53 PM
Tok mu zionis. Kaum korg tu dari zaman nabi lagi perangai ngalahkan iblis. Dlm al quran pn ade sebut perangai setan korg tu. Masih nak dalih2. Puihhh...
Quote sharlenetexas 14-12-2023 08:08 PM
Attention seeker. Kurang kasih sayang ke sis?


Quote Tinot7 14-12-2023 08:29 PM
Dah le muka kepam..
Quote Kurex 14-12-2023 08:35 PM
Dah lama Ana Rafali tak menyanyi
Quote antikorok 14-12-2023 08:35 PM
Cuba menegakkan benang disaluti lendir kumbahan najis babisss yang basah pulak!

Terpalingg play victim semoga puak2 mu dilaknat Tuhan kerana perangai terlaknat!
Quote ina_na 14-12-2023 08:46 PM
Sbrnye dia org ni bodo..msh tersekat thn 1948 rsnye...dia org bunuh, spin citer mcm kita yg luar Palestine x tau pe deme bt..kalo X,X Kan rakyat barat kaw2 demo,boikot..iolss rs dia org ni mcm katak duk bawah tempurung...perasan diri hebat.. tp x tau dunia luar lg berkembang otak dr dia org..sbb duk claim terpaling mulia konon..mulia pe nye nabi2 yg dia org x suka pun dia org bunuh ..
Quote syamzana 14-12-2023 09:57 PM
alaaa sama mcm ko la nak percaya negara ko tak salah...so lantak la kami org luar ni nak percaya sapa betul sapa yg salah.
motip nak suruh semua org ikut bontot ko???
Quote nusaraya 14-12-2023 11:45 PM
Edited by nusaraya at 15-12-2023 12:17 AM

Tampaknya orang Israel tahu dan paham bahwa  bangsa yang berpotensi menghapus eksistensi mereka sebagai sebuah bangsa dan negara ... bukanlah negara atau bangsa arab ... tetapi bangsa melayu malaysia keturunan nabi ibrahim dan keturah (Bani Tamim) ..

Jadi segala upaya dilancarkan oleh pihak kerajaan isreal dan para influencernya untuk mulai mendekati semua pihak agar isreal dapat menjalin hubungan baikdan mesra  dengan negara dan rakyat Malaysia .. Bahkan pendekatan ke Bani Tamim Malaysia ini bukan saja dilakukan sendiri oleh isreal .. tetapi juga dibantu oleh sekutu-sekutunya  di rantau ini ...

PMX Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahdi  yang telah ditunjuk oleh Tuhan dan seluruh rakyat bani tamim sepatotnya jangan terbuai atau terhasut  dengan rayuan-rayuan manis dan indah oleh bani israel itu..  tetaplah istiqomah menjalankan tugas mulia memimpin dan mengembalikan kebesaran dan kejayaan umah islam dunia ....
Quote dua_chzy 14-12-2023 11:56 PM
Tiber tau si Nusaraya ni.
Quote grouper 15-12-2023 12:04 AM
Zionis anjing bodoh puii muka tembok dari dulu sampai skang dibenci..
Quote Orangkaya99 15-12-2023 05:35 AM
done report
Quote AbukRokok 15-12-2023 09:23 AM
nusaraya replied at 14-12-2023 11:45 PM
Tampaknya orang Israel tahu dan paham bahwa  bangsa yang berpotensi menghapus eksistensi mereka seba ...

bangga siot kitalah bangsa yg dijanjikan
#proudofit
#proudboys
#piramidogung
#ancientalien

Quote norNJ 15-12-2023 12:16 PM
dia aje la yg betul...kutuk org menipu, yg dia lak tak sedar.."There is a list"..fake nurse with fake arabic accent..tunnel bwh spital al-syifa yg dorang claim hamas punya, pastu bgtau dia tau la sebab dorang sendirik yg buat dulu2, byk lagi...senjata tipu, askar2 konon dr mujahiddeen yg serah diri kat dorang kononnya...dia culik org awam pastu ambik gamba claim itu tentera mujahiddin, tolong la..sama je dia dgn pm dia tu
7 oct-akhbar haaretz dorang bagitau yg tentera dorang sendiri punya angkara, heli apache dorang yg buat byk kemusnahan, hamas takde heli pun..tebusan dari israel pun bagitau gtu eh. Apa kebiasaan dorang, kalau agak2 tentera dorang dh nak kalah je pertempuran, heli apache akan datang musnahkan terus tempat pertempuran tak kira masih ada lg tentera dorang yg hidup, lagi nak salahkan org lain..play victim, croc tears memang mainan dorang la..brapa rsnya dia kene byr eh
Quote adila39 15-12-2023 12:19 PM
Is not real ni pathetic gila. 7th October? u started it earlier la bangang since 1948. Bodoh punya bangsa Yahudi ni.
Quote hasniey 15-12-2023 02:28 PM
Ala bodohnya.media kita dh brtahun2 tunjuk perangai Zionist ni.bukan nya start 7 oct.xabes2 ungkit 7oct.abes tahanan yg duduk dlm tu dr budak smpai jd dewasa tu start tahun brp kena tahan.
Dia igt kita ni xde internet ke.senang nk kene bodo2 kan
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:31 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:45 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.263143 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top