CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 20 Tahun Jaga 3 Anak Sakit Kronik, Ibu Pula Disahkan Hidap Kanser Radang Hati

14-12-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9446| Komen: 27

ALOR SETAR – Seorang ibu disahkan menghidap kanser radang hati sejak tiga bulan lalu, selepas lebih 20 tahun berdepan dugaan menjaga tiga anaknya yang sakit.

Menurut Nashieha Hassan, 38, selain kanser, dia juga menghidap beberapa penyakit lain berkaitan jantung, paru-paru dan batu karang.


Katanya, penyakit kansernya itu benar-benar mendatangkan kesan terhadap dirinya yang sebelum ini lincah menjaga segala keperluan anak-anak yang sakit.


Foto: Kosmo

“Tiga anak saya iaitu Annisa Shazwanee Mohd. Ghazali, 22, Annis Irdahanini, 20, dan Annis Irna Najihah, 17, masing-masing mengalami penyakit jantung berlubang, kanser payudara dan kencing manis kronik.

“Selama ini saya masih mampu untuk menjaga mereka, namun sejak diserang kanser radang hati, saya tidak lagi bermaya.

“Saya juga baru menjalani pembedahan hati empat hari lalu dan buat masa ini masih belum dapat bergerak,” katanya.


Selain tiga anaknya itu, Nashieha mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinan keduanya bersama Syed Muhamad Syahafiz Syed Syukri, 39, iaitu Syed Muhamad Shahanaz, 11.

Ujarnya, sebelum ini dia menyara hidup dengan mengambil tempahan jahitan, manakala suaminya hanya melakukan kerja-kerja kampung.

“Dalam keadaan sekarang, saya tak mampu melakukan apa-apa menyebabkan pendapatan kami terjejas.

“Saya bersama Annis Irdahanini serta Annis Irna Najihah sering berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) bagi mendapatkan rawatan. Saya reda dan menganggapnya sebagai ujian Tuhan buat kami,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan diperlukan keluarga tersebut.

“Sebelum ini kami membantu anak pasangan ini dan kini Nashieha pula,” katanya.

Orang ramai yang mahu meng­hulurkan bantuan kepada keluarga Nashieha boleh berbuat demikian melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0299541100375112 atau menghubungi talian 01139279007. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 14-12-2023 11:51 AM
Innalillah…moga semua urusan dipermudahkan, amin.
Quote Zazama 14-12-2023 02:40 PM
Semoga rezeki tak putus2 buat keluarga ini dari semua sumber. Amin...
Quote nariz 14-12-2023 02:44 PM
Beratnya dugaan
Quote nw111 14-12-2023 03:01 PM
Kesiannya... kalau mcm ni mmg i tak kesah nk  derma..
Quote little_sis 14-12-2023 03:12 PM
Mudanya dia waktu melahirkan anak sulung, tapi dugaan lain yg dia kena terima pulak..
Quote virgocircus 14-12-2023 03:56 PM
Allahu beratnya dugaan. Semoga diberi kekuatan Dan kesembuhan.
Quote cutieslilies 14-12-2023 04:03 PM
yang ni sgt2 perlu dibantu...berat dugaannya..
Quote SweetRehan 14-12-2023 05:13 PM
Sedihnya...berat sangat dugaannya...
Quote tripleid 14-12-2023 06:10 PM
Org susah dlm negara mcm ni yg patut dibantu..bukanya scammer mcm Aman Palastin tuh
Quote noor2 14-12-2023 06:14 PM
Ya Allah kau sembuhkanlah penyakit ibu dan anak2 ni. Amin
Quote akusukaq 14-12-2023 06:42 PM
Dia ni kawen umur
15 tahun ke, alahai....
Quote emera 14-12-2023 09:43 PM
Seoga dipermudahkan segaa urusan.
Quote mejaputih 14-12-2023 10:10 PM
Beratnya dugaan dia..semoga cpt sembuh
Quote zamnie 14-12-2023 11:02 PM
Innalillahiwainnailaihirojiun Ya Allah moga Allah permudahkan segala urusan mrk...
Quote antikorok 14-12-2023 11:23 PM
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِه وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

"Ya Allah, Tuhan manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain”
Quote makiting 15-12-2023 12:44 AM
antikorok replied at 14-12-2023 11:23 PM
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ ...

Aamiin

Quote B40tastePosh 15-12-2023 01:23 AM
Mesti nak jimat banyak makan ikan pekasam dan ikan masin.

Kandungan nitrate punca kanser.
Quote ipes2 15-12-2023 01:35 AM
ya Allah kesihannya
Quote gigahertz 15-12-2023 01:48 AM
B40tastePosh: Mesti nak jimat banyak makan ikan pekasam dan ikan masin.Kandungan nitrate punca kanser.

kanser dia macam keturunan.
kalau anak pertama atau terakhir sakit tu biasa.
jarang ketiga tiga menderita sakit sama.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048861 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top