CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Nak Jadi Penyondol, Nadia Annuar Tolak Bercinta Dengan Suami Orang

14-12-2023 11:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9365| Komen: 3

Tak nak jadi perosak dan penyondol, Nadia Annuar menolak lelaki berstatus suami orang sebagai calon jodohnya pada masa akan datang.

“Lelaki berstatus suami orang saya tolak sebab saya pernah jadi isteri dan memiliki seorang suami sebelum ini.


Foto: IG

“Saya boleh memahami kepedihan golongan isteri apabila suami mereka dirampas. Buat masa ini memang elak,” katanya kepada Kosmo!

Bekas hos program Wanita Hari Ini itu seboleh-bolehnya mengelak dan mencari pilihan lain daripada terdesak ‘mengejar’ lelaki milik wanita lain.



Kata Nadia, ibunya yang juga usahawan kosmetik dikenali sebagai Kak Ton turut menghalangnya menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.

“Banyak lagi pilihan orang lain, kenapa nak jadi penyondol?

“Benda yang boleh elak, kita elak. Mak juga akan marah saya kalau ambil suami orang.



“Tak guna menyakiti sesama perempuan sebab lelaki,” tutur pemilik nama penuh Nadia Shahrul Annuar itu.

Pada Oktober lalu, Nadia mengesahkan ikatan perkahwinan selama lapan tahun dengan usahawan, Hafiz Salleh terlerai sekitar awal tahun ini.



Hasil perkahwinan dengan Hafiz, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Dya Naylaa kini berusia 7 tahun.

Sebelum itu, Nadia pernah berkahwin bersama Datuk Sulaiman@Mohd. Helmi Mohd Ilyas dan bercerai pada Oktober 2010.



Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin, 16. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-12-2023 12:13 PM
sebab laki orang pun buat kau stok geli2 je nyehhhhh
Quote black_handbag 14-12-2023 12:20 PM
lawa betul dia ni
Quote Thunderclouds 14-12-2023 02:13 PM
Lawaaaa...
Bsusun yg bujang herlok nk ke ngko walau makjan bkali².
Xcaya tnya tasya hudson.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.104830 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top