CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Lelaki Panggil Saya Isra**," Syamimia Mohon Hentikan Fitnah, Pergi Bercuti Tapi Diperli

14-12-2023 10:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10964| Komen: 26

Personaliti media sosial, Syamimia memohon rakyat Malaysia berhenti menyebarkan fitnah berkenaan isu kontroversi Palestin yang melanda dirinya.

Katanya isu tersebut memberikan kesan terhadap dirinya sehingga diperli sewaktu bercuti.


Foto: IG

“Jangan fitnah saya lagi. Saya lihat ratusan video tentang Gaza. Saya rasa sedih walaupun tak terlihat oleh mata manusia. Saya rasa sakit walaupun tak terlihat ‘repost’ di media sosial.

“Baru-baru ini saya bercuti di Pulau Pinang dan segerombolan lelaki memanggil saya ‘Israel dan neutral’ kerana isu lalu. Mereka lari dan tidak memohon maaf.

“Sebulan sudah saya menyepi. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan merasakan suara saya tidak lagi ‘valid’ dan mahu didengari oleh bangsa saya sendiri,” coretnya.



Menerusi hantaran yang sama, Syamimia juga menjelaskan video tular yang melibatkan kenyataannya berkenaan konflik di Gaza itu sebenarnya telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya tidak pernah berkata saya neutral dan menyokong Israel di sebuah video LIVE permohonan maaf saya bulan lalu.

“Video tersebut telah disunting dan diambil bahagian yang ‘penting’ sahaja untuk dijadikan sebuah cerita.



“‘Saya minta maaf pada yang terasa hati, menyangka saya menyokong Israel neutral duduk tengah-tengah tak sokong Palestine’, saya cuba habiskan ayat ini dalam keadaan gemuruh bertemankan suami di sebelah saya.

“Di dalam video empat minit juga saya berkata, ‘Saya bersama saudara saya di Palestine’ berserta bendera Palestine walaupun kecil nilainya di mata manusia.

“Saya mohon kepada rakyat Malaysia untuk berhenti sebarkan fitnah yang mengatakan saya menyokong Israel, duta Israel, neutral, mencemarkan imej saya,” jelasnya.

Terdahulu, Syamimia mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri dan tidak menggunakan pengaruhnya berkongsi tentang isu ini di media sosial.

Menurut Syamimia, dia mempunyai hasrat untuk memberi sumbangan seperti pempengaruh yang mempunyai nama besar tetapi buat masa ini dia hanya mampu berdoa.

Tambahnya, dia kini lebih fokus kepada keperluan keluarga dan mahu membuat kebaikan dengan secara menyeluruh, bukannya dengan mengikut isu tertentu.

Syamimia bagaimanapun menerusi siaran langsung memohon maaf secara terbuka atas penjelasannya yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia tergores hati. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote emera 14-12-2023 10:53 AM
Hidup lg? Ingat tenggelam dah kisah pompuan ni.
Quote aina_shaira 14-12-2023 10:56 AM
Dia ni pempengaruh apa benda? Hebat sgt ke
Quote Carcosa 14-12-2023 10:58 AM
Sbb muka ko muka default, makanya, akak tak pedulikan ko dek
Kalau muka ko muka iOS latest update, nah, time tu akak akan follow kesah ko
Quote doubleA 14-12-2023 11:05 AM
Muka biasa life biasa semuanya biasa marhaen je tang mana boleh jadi influenza iols tengok kejap pun dah menguap di skala 10. Meh
Quote prince_marhaen 14-12-2023 11:13 AM
ada lagi ye minah pprt feeling T20 ni... dah banyak post video ngan adik pulak...
Quote prettyuglybabe 14-12-2023 11:17 AM
mula nak main sympathy card ke..
Quote KamikuP 14-12-2023 11:24 AM
Hmm tu la susah jadik influencer ni, hujung2 sedih mental tak stabil khuenzz.. ekekekeke
Quote lil_honey 14-12-2023 11:26 AM
kalau koyak, jgn jadi influenza
Quote Bihungoreng 14-12-2023 11:40 AM
i ingat kena kansel tu sampai tgal 1k je tololwer tapi masih ramai lagi duk follow dia ye.
Quote airmineral 14-12-2023 01:18 PM
prince_marhaen replied at 14-12-2023 11:13 AM
ada lagi ye minah pprt feeling T20 ni... dah banyak post video ngan adik pulak...

adik dia mmg xkeje ke ikut bontot kakak je?




Quote noell 14-12-2023 01:41 PM
dh tinggai brapa follower dia neh??
Quote Decaffeinated 14-12-2023 01:58 PM
betul la orang kata dia ni pembersih.

huntong kot laki dia tak bau ikan masin.

Quote prince_marhaen 14-12-2023 01:59 PM
airmineral replied at 14-12-2023 01:18 PM
adik dia mmg xkeje ke ikut bontot kakak je?

baru-baru ni je sibuk tayang adik dia sejak2 netizen komen kat live dia, sekejap kata anak tunggal, sekejap video kata 2 beradik, tapi dia tak penah tayang adik dia, rumah PPRT mak ayah dia tu dia dapat sorang je, adik dia duk mana.... pastu dia rengsekkkk... ehehehehehehe...


Quote ina_na 14-12-2023 02:06 PM
Skrg dah bape ratus follower dia...org melayu kita ni faham2 je la boikot kejap je...dia ni x menarik pun..rumah dia biasa2 je sbrnye..iolss speku org kita ni ramai pemalas kemas rumah..tgk rumah org kemas bersih dah puji melambung2.. kalo org yg dah biasa berkemas,Deco mcm2 style x de la beria memuji dia sgt...panjang pulak bebel iolss ni
Quote dekmieDandy 14-12-2023 02:57 PM
noell replied at 14-12-2023 01:41 PM
dh tinggai brapa follower dia neh??

main followers dia kat TT

drop dari 1.1m ke 800k
Quote cikatilia 14-12-2023 03:06 PM
harap follower dia turun lagi sampai below 500k
Quote TeropongThaico 14-12-2023 03:26 PM
Nak bgth dia mmg glamour & org kenal dia dkt luar ke?
Quote ipes2 15-12-2023 02:19 AM
tak tahu isu apa; tetapi elok ignore sahaja
nota kaki: rupa paras tidak janji
Quote Rogue98 15-12-2023 03:02 AM
Omg pompuan ni....I cannot lah....rakyat Palestine dah start mati kebuluran ok..sorang tadi meninggal sbb lapar...n start sembelih apa2 binatang yg ada. Pompuan ni boleh sebok nak orang tengok content sampah dia. Pi berambus lah!!!

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.127682 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top