CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakai Songkok Tapi Berseluar Pendek, Pekerja Restoran Cina Muslim Dikecam

14-12-2023 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10614| Komen: 22

Sebelum ini tular tentang seorang pekerja Restoran Cina Muslim dipecat kerana memakai salib, kali ini netizen sekali lagi menyerang kedai tersebut kerana stafnya yang memakai songkok tetapi berseluar pendek.


Selepas tular, seorang pengguna di Platform X meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir pihak yang taksub mencari kesalahan orang lain.



“Aku tak faham orang yang suka memviralkan ni. Ini muslim dari China, kedai pun halal, tak pasal-pasal macam kes mamat kena pecat hanya kerana pakai lambang salib. Korang memang tak ada kerja lain ke nak buat,” tulisnya.

Di ruangan komen rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diluahkan oleh individu itu.

“Dah tak nak makan situ gerak je lah, sibuk nak viral-viral kan,”

“Ni lah sebab Malaysia tak maju, mindset semua nak rakam nak jatuhkan sesama sendiri.”



Dalam pada itu, ada juga sesetengah pihak merasakan bahawa cara penyediaan makanan di restoran itu tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

“Apa tu pakai songkok dengan seluar pendek? Memang salah lah kan, korang pun tahu,”

“Cara penyediaan makanan salah! Mana boleh pakai seluar pendek!” -CARI

Sumber: Gempak/ Platform X

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asamfish 14-12-2023 11:13 AM
so apa masalahnya?  lutut bukan aurat laki2 pun.  dan yang penting, ramai org malaysia especially malay muslim ni, jenis perasaan hollier than thou...rasa diri yang terpaling...takde kerja lain melainkan cari kesalahan org lain....diri sendiri dok makan riba, dok curi barang2 ofis hatta walau sekeping kertas A4, tapi perasan halalan toyyiban semua.
Quote adiksha 14-12-2023 11:18 AM
halal tu sumber makanan yg disupply
bukan sape yg menyediakan

si penyedia pakai salib/sua pendek jadi isu - mungkin dikatekan isu agama or bab aurat

tapi, cer ko tgk jenis yg bertudung tp pakai ketat mendada terjuih terjulur
jenis pakai seluar ketat nampak V
tang mana tutup aurat nya?

yg nampak tutup aurat kononnya tapi baju lengan pendek, kedai berlumut kotor sane sini
eh...tak jd isu pulak..

pelik sungguh bila ada jenis manusia kaki komplen tapi sebenarnye tak tau pun bab halal haram tapi lebih kepada adat atau sembrono
Quote KamikuP 14-12-2023 11:42 AM
asamfish: so apa masalahnya?  lutut bukan aurat laki2 pun.  dan yang penting, ramai org malaysia especially malay muslim ni, jenis perasaan hollier than thou... ...


aurat lelaki dari kawasan DIANTARA pusat hingga lutut yaach

https://taqwa.my/aurat-lelaki-dalam-islam/



Quote nafizzz 14-12-2023 12:03 PM
Boleh bagi penceraha sikit? Pemahaman saya songkok tu pakaian melayu, tak ada kaitan dengan agama or aurat  mcm pakai cap.. cuma bila songkok ni di pakai untuk acara rasmi atau pergi masjid, so dia dah jadi pakaian rasmi?  Ke saya yang salah?
Quote venom1 14-12-2023 12:22 PM
asamfish replied at 14-12-2023 11:13 AM
so apa masalahnya?  lutut bukan aurat laki2 pun.  dan yang penting, ramai org malaysia especially ma ...

Aurat lelaki dari pusat hingga lutut
Quote helicornia 14-12-2023 12:27 PM
dia pakai songkok nak tutup rambut kot
bukan psl melayu/muslim
Quote asamfish 14-12-2023 12:32 PM
venom1 replied at 14-12-2023 12:22 PM
Aurat lelaki dari pusat hingga lutut

lutut sebagai aurat untuk lelaki adalah khilaf.  

Quote asamfish 14-12-2023 12:33 PM
KamikuP replied at 14-12-2023 11:42 AM
aurat lelaki dari kawasan DIANTARA pusat hingga lutut yaach

https://taqwa.my/aurat-lelaki-dalam- ...

lutut aurat untuk laki2 adalah khilaf.  

Quote asamfish 14-12-2023 12:49 PM
https://www.youtube.com/watch?v=hIzGa8KyGng
Quote asamfish 14-12-2023 12:49 PM
https://www.youtube.com/watch?v=uCvZMhgOAEg
Quote TeropongThaico 14-12-2023 01:37 PM
Kalau tak salah ikut etika pengendali makanan tak boleh berseluar pendek. Contoh mcm staff food court lotus diarg ikut rule yg betul
Quote TeropongThaico 14-12-2023 01:43 PM
Bab kasut pun tak betul sbb kena pakai yg bertutup.
Ini kalau org kkm dtg mmg masak, potong markah. Penyumbang gred rendah. Kedai tak de peluang nak dpt A cam gini
Quote Decaffeinated 14-12-2023 01:50 PM
Dia pakai apron dah tu. Tutup kepala, pakai mask. Apa lagi ko nak ha babi?
Quote damsel_fiji 14-12-2023 03:10 PM
bukan la nk bekap..tp peniaga tepi jalan berjualan sambil sap rokok..berjualan jeruk mangga tepi jalan, simpan kt longkang elok pulak korg pi beli..
Quote Azharitubunga 14-12-2023 03:25 PM
Kenapa mesti mengejar makanan viral.. tak maju kalau tak makan makanan viral???

Selamat membela perut..
Quote Skuau 14-12-2023 03:25 PM
Edited by Skuau at 14-12-2023 07:07 PM
Decaffeinated replied at 14-12-2023 01:50 PM
Dia pakai apron dah tu. Tutup kepala, pakai mask. Apa lagi ko nak ha babi?


cuba ko ckp camtu@ayat terakhir tu kat bhgian pelesenan 'majlis'@pbt..masa depa pi chek...@kalo ko buka kedai makan@restoran la...
Quote bellaa 14-12-2023 05:31 PM
sedap tau roti daging ni.
sekali beli, dalam 6 pcs gitew.
Quote amyza 14-12-2023 05:38 PM
Blom beli lagi, asyik panjang je Q malas tunggu. ni semalam khairul aming viralkan kedai mkn. cendol murah pulak tu. mesti dah panjang beratur harini.
Quote TomyamPuteh 14-12-2023 07:37 PM
Anak lelaki aku ayah dia didik smpai nk pakai seluar pendek dlm umah pun dia rasa geli.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.069531 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top