PETALING JAYA – Seorang lelaki mendedahkan pernah dibuli 10 tahun lalu di sekolah dan pembuli tersebut kini sedang nazak. Menerusi perkongsian kisah buli yang dimuat naik oleh @adameji7 di TikTok, individu ini telah memberi impak yang besar dalam hidupnya sehingga dia mengalami gangguan fizikal dan emosi yang teruk.
“Saya ingin berkongsi pengalaman pahit ini untuk memberi kesedaran tentang impak yang boleh diberikan oleh tindakan buli. “Saya cuba mencederakan diri sendiri kerana mahu menamatkan penderitaan kesan buli. Hampir setiap hari saya dibuli dia dan rakan-rakannya,” katanya. Apabila dia mendengar berita bahawa pembuli itu kini sedang nazak, Adam berhadapan dengan persoalan sukar sama ada dia harus melawatnya.
“Saya dengar dia sedang nazak sekarang. Bila ingat balik apa yang dia dah buat, saya jadi takut dan trauma,” jelasnya. Tambah Adam, hatinya begitu berat untuk memaafkan dan melupakan perbuatan pembuli itu terhadapnya. “Saya tidak tahu sama ada saya boleh mengawal emosi atau tidak. Ketika saya mahu merakam video ini, saya memikirkannya berkali-kali. “Pengalaman saya dibuli amat memeritkan, tetapi nasib baik saya mempunyai keluarga dan rakan yang menyokong saya,” katanya. Melihat ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial turut berkongsi pengalaman mereka dibuli. “Pada pendapat saya, awak tak patut jumpa dia pun. Kalau awak nak maafkan itu, terpulanglah,” ulas Maiyih. “Jika awak fikir pergi melawatnya awak akan ingat semua kenangan pahit itu, lebih baik jangan pergi. Mental dan emosi awak lebih penting,” tambah Hanis Zulkifle. -CARI Sumber: Kosmo
|
doubleA replied at 14-12-2023 11:07 AM
Takyah melawat pun takpe tapi kalau ko bukan pendendam dan hati baik, ko akan maafkan. Kalau tak, ni ...
midori888 replied at 14-12-2023 11:51 AM
budak nie ada mix africa ke?
Cokoro replied at 14-12-2023 11:55 AM
Ye kut tu tgk hashtag dia. Sbb ni jgk kut kena buli. Abg iols pun hitam jgk dulu time asrama kena ...
JulietTheOrange replied at 14-12-2023 11:22 AM
ujian bagi manusia adalah memaafkan manusia lain
klu ko maafkan die, kompem hati ko rase tenang
mema ...
hyie replied at 14-12-2023 11:02 AM
pegilah lawat dia...lepas tu kau ludah je muka dia dikkk
Cokoro replied at 14-12-2023 03:55 AM
Ye kut tu tgk hashtag dia. Sbb ni jgk kut kena buli. Abg iols pun hitam jgk dulu time asrama kena ...
hyie replied at 14-12-2023 11:02 AM
pegilah lawat dia...lepas tu kau ludah je muka dia dikkk
ADVERTISEMENT