CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kejadian Aneh Di Kubur- Berasap, Liang Lahad Keluar Api Dan Ular, Jeritan Minta Tolong

14-12-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6991| Komen: 38

Kecoh di media sosial mengenai beberapa siri kejadian luar biasa di kawasan kubur, dipercayai berlaku di Arab Saudi.

Salah satu fenomena aneh itu apabila kelihatan api keluar dari liang lahad.


OkeZone melaporkan, video itu dimuat naik oleh seorang pengguna Instagram, @almanmulyana15 pada Isnin.




Menurutnya, kejadian itu bukan sahaja berlaku di satu lokasi, malah di beberapa kawasan.

Malah, beberapa kubur didakwa runtuh, termasuk mengeluarkan asap dan bau busuk.

Dalam klip itu, salah satu kubur dilihat mengeluarkan api dan asap.

Namun, tidak diketahui punca ia terbakar. Segelintir netizen bagaimana membuat andaian bahawa ia mungkin petunjuk berkaitan dengan azab kubur.



"Apakah ini tandanya? Adakah ini azab kubur? Na'udzubillah," kata Alman Mulyana, seorang YouTuber yang sudah lama bekerja di Arab Saudi.

Selain itu, terdapat juga fenomena aneh mengenai kemunculan ular di liang lahad sebelum jenazah dikebumikan.

Terdapat laporan bahawa ular yang muncul di kubur itu bukan spesies yang biasa ditemui di padang pasir.

Susulan kejadian itu, orang ramai menimbus semula kubur itu kerana bimbang ia merupakan ular 'ghaib'.

Turut diceritakan adalah kisah kedengaran jeritan kuat meminta pertolongan hanya beberapa langkah selepas jenazah dikebumikan.

"Apa yang anda rasa tanda orang meminta pertolongan? Adakah ini azab kubur? Wallau a'lam, hanya Allah yang tahu. Semoga kita semua terhindar daripada azab kubur. Amin, rabbal alamin," akhirinya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stingergrumpy 14-12-2023 09:32 AM
[youtube]Dd6-SG8yYHM?si=wjDr0WVaobrew37a[/youtube]

Burrrppp
Quote BeskotCekelat 14-12-2023 09:58 AM
Tanah Kubur episod Saudi ke ni?
Quote ardent91 14-12-2023 10:03 AM
Mastika versi Arab Saudi
Quote IzzahF 14-12-2023 10:04 AM
saudi ada mestika ke? bideo ular tu ada ke
Quote batmana 14-12-2023 10:12 AM
Kubur Firaun elok je xde azab api.apa hebat amalan ahli kubur ni mengalahkan firaun..
Pada aku tu api org bakar la..byk kubur kt Gaza Kene bom Israel..smpaikn waris nk lwat kubur menangis sebab kubur Kene bom skali
Quote pokokmeranti 14-12-2023 10:16 AM
batmana replied at 14-12-2023 10:12 AM
Kubur Firaun elok je xde azab api.apa hebat amalan ahli kubur ni mengalahkan firaun..
Pada aku tu ap ...

yang I faham, dalam agama Islam. hanya org islam sahaja ada azab kubur manakala yg bukan islam tiada azab kubur. logiklah klu firaun, mahupun pemimpin zalim non-muslim tiada dengar istilah azab kubur. 'mungkin' yg berlaku tu kubur musim kategori munafik ke...penzalim ke, makan harta anak yatim ke. kubur non-muslim aman2 sentosa.
Quote Bergosip 14-12-2023 10:55 AM
IzzahF replied at 14-12-2023 10:04 AM
saudi ada mestika ke? bideo ular tu ada ke

uols klik je video dekat atas tu. dia compile sekali video kubur ada api, ada ular tu
Quote IzzahF 14-12-2023 11:03 AM
Bergosip replied at 14-12-2023 10:55 AM
uols klik je video dekat atas tu. dia compile sekali video kubur ada api, ada ular tu

owhh tq2 td aiols klik2 tak play..ok dah tgk dasat apinya mcm petrol plak dlm tu..mcm kecik ularnya, dlu2 tgk kat tv ular padang pasir ni kemain ngeri rupa dia, besar2 berbisa
Quote kucingitam 14-12-2023 11:15 AM
baca tajuk ingatkan kat negara konoha..sll konoha je claim yg aneh2 ni.. btw, video kubur berapi tu kubur islam ke? nampak susunak tak sebaris, macam ada kubur yang melintang.
Quote Pajeri_Nenas 14-12-2023 11:57 AM
Ni MCM org lebur besi
Quote Simunggu 14-12-2023 12:23 PM
ini lagi satu..mcm nak keluar air mazi baca..
Quote johan-adx 14-12-2023 01:09 PM
pokokmeranti replied at 14-12-2023 10:16 AM
yang I faham, dalam agama Islam. hanya org islam sahaja ada azab kubur manakala yg bukan islam tia ...

salah tu. semua org akan dihitung dan mendapat bhgn masing2
Quote sharlenetexas 14-12-2023 01:34 PM
Ada yg berpendapat black hole adalah sijjin, tempat penyeksaan mereka yg kufur sebelum tiba hari kiamat nanti.



Quote gigahertz 14-12-2023 01:54 PM
batmana replied at 14-12-2023 02:12 AM
Kubur Firaun elok je xde azab api.apa hebat amalan ahli kubur ni mengalahkan firaun..
Pada aku tu ap ...

ntah bawah tu ada gas metana.
ada malaun gi cucuh rokok.
Quote capwayang 14-12-2023 01:59 PM
..pengepost contentnya - Undonesia!!..
Quote Decaffeinated 14-12-2023 02:06 PM
pokokmeranti replied at 14-12-2023 10:16 AM
yang I faham, dalam agama Islam. hanya org islam sahaja ada azab kubur manakala yg bukan islam tia ...

bukan azab kubur sahaja, padang mahsyar pun takde dalam agama kapir.

Quote green~tea 14-12-2023 02:13 PM
sharlenetexas replied at 14-12-2023 01:34 PM
Ada yg berpendapat black hole adalah sijjin, tempat penyeksaan mereka yg kufur sebelum tiba hari kia ...

Bagaimana mereka di hantar ke sana


First time aiols dengan black hole = siccin
Quote green~tea 14-12-2023 02:14 PM
capwayang replied at 14-12-2023 01:59 PM
..pengepost contentnya - Undonesia!!..


Owh... baru tadi terkejut sbb mula2 sangka berita dari konoha.. pastu kena tuduh arab saudi pula

Tup2 asal berita mmg konoha cuma location dituduh berada di saudi...


Pegi mampos laa indongsial content kalo tak menipu tak sah
Quote cranell 14-12-2023 02:28 PM
sebab pembakaran terbuka boleh menyebabkan jerebu, jadi buat pembakaran underground.

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.053952 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top