Seorang isteri mendedahkan suaminya membuat keputusan untuk menawarkan khidmat sebagai tukang urut selepas bersara. "Suami saya ni tukang urut sepenuh masa selepas bersara daripada kerajaan. Dia buat servis urutan di salah satu bilik di rumah.
"Mulanya saya okay untuk dia buat kerja tu sebab dia kata nak mengisi masa lapang dan tambah pendapatan," katanya sambil menambah ia sedikit-sebanyak dapat membantu menanggung anak-anak termasuk yang sedang belajar di universiti. Namun dia tidak menyangka di sebalik khidmat urutan yang ditawarkan kepada pelanggan lelaki, berlaku sesuatu tanpa diduga. Kejadian berlaku ketika dia kurang sihat pada suatu hari dan membuat keputusan untuk pulang ke rumah awal dari tempat kerja. "Apabila sampai di rumah, saya terdengar suara lelaki menjerit seperti menahan sakit diikuti dengan suara suami mendesah.
"Bunyi yang saya dengar ini lain, tidak sama ketika suami mengurut apabila saya ada di rumah," katanya. Tidak sedap hati dengan apa yang didengarnya, wanita itu bergegas ke bilik urutan untuk memeriksa apakah sebenarnya yang berlaku. "Kebetulan pintu bilik tidak berkunci. Sebaik buka pintu, saya terkejut nampak suami dan pelanggannya dalam keadaan tidak berpakaian. "Tanpa berlengah lagi, saya terus menuju ke rumah keluarga anak sulung saya. Bermula daripada situ, saya memulakan proses penceraian. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan cara mudah. "Ini nasihat kepada kaum hawa yang ada suami bekerja sebagai tukang urut. Saya baru bercerai di mahkamah pada bulan lepas sebab suami kantoi buat 'benda' tu dengan pelanggan lelaki dia," katanya lagi. Di ruangan komen, luahan hati wanita itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. "Pekerjaan tukang urut tu tak salah. Yang salah apabila ada nafsu sesama jenis tapi dia pandai sorok-sorok. "Dah pencen, anak dah siap berkeluarga lagi, baru terkantoi. Yang paling kasihan nanti tiba-tiba dia atau isteri ada sakit misteri. Padahal kesan daripada penyakit kelamin. "Jadi tukang urut zaman sekarang memang banyak ujian. Kita memang straight, tapi kerap dapat pelanggan pelik-pelik. Bekas suami akak ni mungkin dapat pelanggan gay, lepas tu goda dia pula. Iman lemah, hanyut terus," komen netizen. -CARI Sumber: mStar |
3chanceno replied at 14-12-2023 09:58 AM
Kesian acik nie, tapi tabah ya dia
So tok laki dia bottom ?
Firenzza replied at 14-12-2023 09:45 AM
Yg ni hokay sbb terus file cerai, yg x ok ada bini2 yg siap beking tok laki wpun kes mengunyit dah b ...
ADVERTISEMENT