Seorang rider nyaris menjadi mangsa penipuan penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Individu tersebut membuat pesanan menu hidangan barat iaitu Spaghetti Carbonara Crispy Chicken Chop.
Namun selepas pesanan diambil dan mahu dihantar ke lokasi yang beralamat di kolej kediaman IPTA berkenaan, dia mendapat mesej daripada pelanggan tersebut memaklumkan mengalami masalah kesempitan wang. "Saya malu nak jumpa abang sebab saya tak ada duit nak bayar sekarang. Saya order sebab saya lapar sangat. Saya harap abang berhati mulia. "Abang boleh bagi nombor akaun bank abang, nanti saya ada duit, saya bayar balik. Saya mohon sangat," demikian mesej yang dihantar oleh pelanggan kepada rider tersebut. Menurut rider itu lagi, dia sebenarnya tidak keberatan untuk membayarkan makanan yang sudah dipesan lebih-lebih lagi mengenangkan status pelanggan berkenaan yang merupakan seorang penuntut.
Namun, dia mula berasa curiga memandangkan menu yang dipesan oleh pelanggan tersebut bukan menu untuk mengalas perut. Ia sekali gus membuatkan dia membatalkan niat untuk membayarkan makanan itu. "Customer tak ada duit nak makan, minta belas ehsan. Kalau dia order nasi putih ayam goreng okay saja aku belanja. "Ini ordernya kita sendiri pun fikir dua, tiga kali nak beli. Dia selamba je tak ada duit pun boleh order ikut tekak mak bapa dia. "Nak kesian tapi apabila tengok apa yang dia order, tak jadi nak kesian. Baik aku bawa balik bagi anak bini aku makan. "Hati-hatilah ye. Universiti ****, kolej ****. Nama dia S***," demikian perkongsian yang dibuat rider berkenaan di grup GrabFood Rider Malaysia, sebagai peringatan kepada rakan-rakannya yang lain agar tidak menjadi mangsa pelanggan sama. Rider tersebut walau bagaimanapun tidak menyatakan lebih lanjut mengenai harga makanan yang dipesan pelanggan berkenaan. Tambahnya lagi, dia turut menghubungi bahagian khidmat pelanggan syarikat tempatnya bekerja untuk membuat aduan dan agak mengejutkan apabila diberitahu pelanggan tersebut pernah beberapa kali melakukan perkara serupa. Di ruangan komen, rata-ratanya sependapat dengan rider berkenaan yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan terhadap rider. "Dah sedar diri tu masih belajar dan kurang duit, berjimatlah sikit. "Ini namanya poket B40 tapi selera T20. "Memang ramai jenis macam ni yang nak scam rider," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
chinta89 replied at 14-12-2023 10:28 AM
kat mana nk tgk nama penuh ipt beserta nama makhluk yg x reti malu ni?
tungkai replied at 14-12-2023 10:04 AM
Ni menu kt Murni. Mesti belah2 Shah Alam sana..
nw111 replied at 14-12-2023 10:46 AM
Order grab ni boleh cod ke...i setiap kali order mesti payment debit dr credit card..
ADVERTISEMENT