Tular di X menunjukkan pasport negara jiran iaitu Indonesia dari tahun 1964 yang menyekat rakyatnya melawat Malaysia. Dalam entri yang dibuat oleh @TravelJimat di aplikasi X, dapat dilihat pasport berkenaan menyekat beberapa negara untuk dilawati rakyat Indonesia seperti Israel, Taiwan, dan paling memeranjatkan adalah Malaysia.
“Berlaku untuk seluruh dunia kecuali Taiwan, Israel dan apa juga yang dinamakan Malaysia,” maklum hantaran berkenaan. Perkara itu mendapat perhatian warganet di mana ada yang berpendapat hal itu berlaku kerana Konfrontasi Indonesia-Malaysia pada tahun 1963 hingga 1966. Sekadar info, konflik Malaysia-Indonesia berlaku akibat daripada bangkangan politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau Penyatuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) pada tahun 1963. Presiden Soekarno juga sebelum ini pernah memutuskan hubungan ekonomi, politik dan sosial antara Persekutuan Tanah Melayu. -CARI Sumber: Platform X
|
dua_chzy replied at 13-12-2023 05:55 PM
Hamboi. Perlu ke frasa 'apa juga dinamakan' tu?
So Ndon rindu tak zaman Ganyang Malaysia?
Decaffeinated replied at 13-12-2023 10:51 AM
deep kan? Sabah included le tu
dua_chzy replied at 13-12-2023 07:34 PM
Gara2 sentimen Ganyang Malaysia, Dayak Sarawak ngan Dayak Kalimantan berbunuhan. Hontah hapa2 lah.
missyL replied at 13-12-2023 07:36 PM
Kan bgs klo smpi skang Indonesia xleh masok hehehehehehehe
Firenzza replied at 13-12-2023 07:45 PM
Tu la pasal......sampai jadi dpm pun ada.....
ADVERTISEMENT