CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saluran Pernafasan Lelaki Pecah Gara-Gara Tahan Bersin

13-12-2023 02:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6551| Komen: 2

BANGKOK –  Saluran pernafasan seorang lelaki di Thailand dilaporkan pecah setelah dia menahan diri daripada bersin.

Thaiger melaporkan,  Kejadian pertama seumpamanya di dunia itu didedahkan oleh pakar perubatan forensik Universiti Srinakharinwirot, Dr. Veerachai Jarusachaisri.


Pesakit dilaporkan hendak bersin ketika dia memandu. Daripada membiarkan perkara itu berlaku, dia sebaliknya menahan diri dengan menutup hidung dan mulutnya.


Foto: Thaiger

Tindakan itu mengakibatkan tekanan pada saluran pernafasannya meningkat 20 kali ganda berbanding biasa lantas menyebabkan saluran pernafasannya pecah.

Selepas dirujuk kepada jabatan kecemasan akibat sakit leher dan bengkak teruk, pesakit berkenaan didapati tidak mempunyai masalah pernafasan, menelan atau bercakap.

Imbasan tomografi (CT) memaparkan kesan luka bersaiz 2×2 milimeter pada saluran pernafasannya disebabkan oleh peningkatan tekanan secara pesat.


Doktor membuat kesimpulan bahawa lelaki itu tidak memerlukan pembedahan. Sebaliknya, dia dipantau selama dua hari untuk memastikan tahap oksigennya kekal stabil.

Laporan susulan selepas lima minggu kemudian menunjukkan bahawa luka itu telah sembuh dengan baik, seperti yang didedahkan dalam imbasan CT. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:35 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:49 AM
Do you want me to?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.080961 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top