Seoeang guru kaunseling berusia 43 tahun di sebuah sekolah rendah di Seremban, Negeri Sembilan direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual terhadap murid lelakinya.
Perbuatan jijiknya terbongkar selepas penemuan beberapa video lucah dipercayai dirakam suspek ketika melakukan perbuatan menjijikkan tersebut terhadap mangsa. Menurut sumber, turut ditemui adalah rakaman perbuatan terkutuk terhadap anak lelakinya sendiri yang dipercayai berlaku di rumah mereka. "Guru besar sekolah terbabit sudah membuat laporan polis pada 5 Disember lalu berhubung penemuan beberapa kandungan video lucah salah laku gangguan seksual yang dilakukan suspek terhadap murid. "Difahamkan turut dijumpai video yang memaparkan perbuatan salah laku seksual guru terbabit terhadap anak lelakinya sendiri," katanya pada Rabu.
Guru lelaki itu direman oleh Mahkamah Majistret, Seremban, pada pagi Rabu bagi membantu siasatan. Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan pihaknya menerima laporan kes berkenaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut. Siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017. -CARI Sumber: mStar
|
Lily_Elizabeth_ replied at 13-12-2023 02:34 PM
Kenapa menjadi jadi ya hal lelaki rape lelaki??.
Fahmie Fadzil sila block website bukan2 dari can a ...
pocongkiutss replied at 13-12-2023 03:00 PM
Masalahnya org besar kt Malaysia ni majoriti lelaki
Kenapa susah sgt nk filter porn ke pedo punya ...
pocongkiutss replied at 13-12-2023 03:01 PM
Mak2 acik porem sekalian..trust nobody konsepnya..nk trust sgt pun letak la 99% paling tinggi walaup ...
s@s@ replied at 13-12-2023 03:06 PM
cikgu cina ka? xde tulis nama.
kalau melayu ka, tahfiz ka, besar2 gambar ada
ADVERTISEMENT