CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sangat Gembira Dan Berseronok Dengan Hidup- Shuhada Tak Tahu, Malas Peduli Hafidz Roshdi Nak Kahwin Dengan Athirah

13-12-2023 12:53 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 11384| Komen: 69|Original author: Saiful

 “Saya tak tahu, malas nak peduli," kata bekas isteri Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada mengulas mengenai rancangan pernikahan bekas suaminya dengan Athirah Yuhada.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga mengakui terkejut dan tidak menyedari kisah penularan kad jemputan yang menyebut 16 Disember ini sebagai tarikh penyatuan Hafidz dan wanita dikenali sebagai Athira Yuhada.


Foto: IG

“Saya memang tidak tahu mengenai itu (berita perkahwinan) dan memang enggan ambil kisah.

“Saya lebih sibuk dengan kehidupan sendiri dan menguruskan anak-anak.



“Apa pun saya sangat gembira dan berseronok dengan kehidupan kini. Alhamdulillah,” katanya kepada Kosmo.

Shuhada juga mengakui sudah lama tidak mengetahui sebarang perkembangan terbaharu bekas suaminya itu.



Terdahulu, pelakon drama Ku Punya Hati itu heboh diperkatakan akan zaman duda dengan Athira, wanita yang disebut-sebut sebagai orang ketiga dalam hubungannya selain Shuhada.

Melalui proses perceraian yang memancing perhatian ramai, akhirnya rumah tangga Shuhada dan Hafidz yang dibina sejak 30 April 2016 menemui noktah apabila disahkan bercerai talak satu pada 26 Julai lalu.


Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 3. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote plasminas 13-12-2023 12:57 PM
Dah start dahhhh

jaga-jaga
Quote cmf_premierleag 13-12-2023 01:03 PM
Elehhh..pasni mesti buat bideo meroyan..x bleh tgk duda bahagia
Quote apedehal 13-12-2023 01:43 PM
Buruknya mekap
Quote Moyangkucing 13-12-2023 01:55 PM
Kesian dia ni... Ex laki nya pantas terus melangkah tak mau toleh pada dia lagi.. dia belum abis mourning lagi...
Quote momopoko 13-12-2023 01:58 PM
dia mula dahhhh.
Quote flipolivio 13-12-2023 02:02 PM
Iols rasa mcm ok je jawapan sheols..
Quote fido_dido 13-12-2023 02:15 PM
better stop jela post pasal dia ni..bosan
Quote kivio 13-12-2023 02:17 PM

Dah kalau hidung rapat ke pipi nak mekap camne lagi nak kasi cun. Hadap jela apa termampu lmao
Quote kivio 13-12-2023 02:17 PM
Dia ni yang haritu cubaan ride kesedihan dengan jual kerepek kejap lepastu bankrap kan?
Ke orang lain
Lmao
Quote selipar_hijau 13-12-2023 02:18 PM
Ececececeyyyy.. rakyat jelata sila tungguuuuu..
Quote ihtisyam1 13-12-2023 02:24 PM
dia ni artis ke
Quote noor2 13-12-2023 02:26 PM
Ye ke dah move on..
Quote anggeriklatifah 13-12-2023 02:28 PM
kivio replied at 13-12-2023 02:17 PM
Dia ni yang haritu cubaan ride kesedihan dengan jual kerepek kejap lepastu bankrap kan?
Ke orang lai ...

Bukan kerepek lah..biskut..biskut harga kayanganan international..tapi is yg dijual cam biskut  bg anjing dan babi makan
Tak padan dgn harga..biskut huduh cam ownernyaa jugak
Quote Diamondmoney 13-12-2023 02:28 PM
Dia ni try hard sgt. Dia ada cite2 nk jadi retis ke

Hj zil takmo ambik dia berlakon ke. Watak bibik ke. Watak acik kg kuat membawang ke
Quote anony-mous 13-12-2023 02:51 PM
flipolivio replied at 13-12-2023 02:02 PM
Iols rasa mcm ok je jawapan sheols..

Itu la. Dah org tanya dia jawab la. And jawapan dia bagus. Mcm xterkesan gituh. I ok jah dgn she kalini. Unless nanti kemudian duk sebut2 lg
Quote lightheaded67 13-12-2023 03:02 PM
eloklah kalau dh move on. kalau tak buat malu aje, syok sendiri gaduh jaja sana sini sensorang. ex dgn skendel feeling nya elok dh nk kawen.
Quote black_handbag 13-12-2023 03:04 PM
bukan duda dia dah kawin ke dgn skandal tu..
ke ni baru majlis kenduri?
Quote LadyWhistledown 13-12-2023 03:34 PM
skang ko make sure tuntut nafkah anak2 ko habis-habisan tau..
Quote Me_Ra 13-12-2023 03:45 PM
flipolivio replied at 13-12-2023 02:02 PM
Iols rasa mcm ok je jawapan sheols..

kte pun rasa macam tu

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.084185 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top