Seorang wanita dari Solo, Jawa Tengah, Indonesia, terkejut apabila mendapati anaknya sedang menggunting wang kertas! Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar wang yang menjadi 'korban', namun wanita berkenaan berkata ia menyamai peruntukan bulanan untuk keperluan barangan dapur keluarga mereka.
"Wang belanja makan sebulan habis dan tiada baki lagi. Mungkin saya terpaksa buat kerja sampingan untuk bertahan," kata wanita tersebut dalam keterangan video. Gambar wang kertas yang telah digunting anaknya itu telah dikongsikan oleh wanita yang dikenali sebagai mahisaka_ di TikTok baru-baru ini. Klip video itu memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut menggunting wang kertas bernominasi 1,000 rupiah, 50,000 rupiah dan 100,000 rupiah. Meskipun terkejut dengan tindakan anaknya, wanita itu dilihat tenang dan tetap gigih untuk cuba menyelamatkan wang-wang kertas yang telah digunting itu dengan cara mencantumkannya semula dengan menggunakan pita pelekat. -CARI
Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT