Kuala Lumpur: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini naik 87 peratus atau 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-48 dari 26 Nov hingga 2 Dis lalu, berbanding 3,626 kes pada minggu ME sebelumnya.
Meskipun berlaku peningkatan kes, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, situasi Covid-19 masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada. Katanya, selain Malaysia, peningkatan kes Covid-19 juga dilaporkan di peringkat global termasuk di negara jiran dan memberi jaminan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa dalam mod bersiap siaga untuk terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa. "Kadar kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.
"Pada ME 48/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula adalah sebanyak 1.1 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini. Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi mengesahkan setakat ini tiada varian baharu dikesan di Malaysia. Tambahnya, tiada varian yang beredar secara tempat lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk. "Sehingga ME 48/2023, 72.9 peratus daripada Variant of Concern (VOC) yang dikesan adalah terdiri daripada varian Omicron diikuti dengan 26.2 peratus daripada varian Delta dan selebihnya adalah varian Beta dan Alpha," katanya. Orang ramai boleh mendapatkan rujukan berkenaan pengurusan Covid-19 di Malaysia melalui pautan https://covid-19.moh.gov.my/garispanduan/garis-panduan-kkm Sumber: Harian Metro
|
otai_g replied at 12-12-2023 05:18 PM
Keadaan covid Masih terkawal. Ayat standard. Kalo x terkawal x de maknanya ko sempat nk bg statement ...
anony-mous replied at 12-12-2023 06:06 AM
Dejavu nya tajuk ni
sharlenetexas replied at 12-12-2023 05:31 PM
Vaksin + booster ri tu tak berkesan ke? Nak kena tadah bahu pulak ke?
mawarika replied at 12-12-2023 06:34 PM
Mmg teruk pun covid sekarang.
Skuau replied at 12-12-2023 04:51 PM
takkan nak letak mereka kt kandang lombu....
kakikuDibibirmu replied at 12-12-2023 09:29 PM
Terkawal tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada ter memang tak apa{:mlshy: ...
ADVERTISEMENT