CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Identiti Mangsa Bunuh Tidak Pakaian Sudah Dikenal Pasti, Akauntan Di Sebuah Syarikat Swasta

11-12-2023 08:37 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7581| Komen: 23

Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang ditemui mati dibunuh di tepi jalan kawasan perindustrian di Kampung Cheras Baru di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, mangsa berusia 28 tahun dan bekerja sebagai akauntan juga sudah disahkan warisnya.



Terdahulu, katanya, polis menerima laporan kejadian pada kira-kira 6 pagi tadi.

"Akauntan sebuah syarikat swasta itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian, tertiarap di tepi jalan dengan kecederaan pada bahagian badan.

"Semasa pemeriksaan dilakukan, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya sudah dikenal pasti dan disahkan oleh waris," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zam Halim berkata, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, untuk proses bedah siasat, esok.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif pembunuhan masih dalam siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-12-2023 08:39 PM
Melayu? Cina? India?

Warga asing kah yg bunuh?
Quote Perawankota 12-12-2023 03:02 AM
Banyaknya kes2 bunuh lately
Quote jazaa100 12-12-2023 05:28 AM
Cina kot...
Quote batmana 12-12-2023 05:46 AM
Takziah kepada keluarga mangsa
Quote Simunggu 12-12-2023 08:15 AM
dunia semakin gila...bunuh org perkara biasa
Quote grouper 12-12-2023 08:17 AM
Covid naik kes bunuh pun naik
Quote IzzahF 12-12-2023 08:29 AM
noor2 replied at 11-12-2023 08:39 PM
Melayu? Cina? India?

Warga asing kah yg bunuh?

kalo tak de tulis nama penuh tu biasanya chinese
Quote syamzana 12-12-2023 08:38 AM
salam takziah
makin menjadi-jadi bunuh org skrg ni
Quote otai_g 12-12-2023 09:09 AM
syamzana replied at 12-12-2023 08:38 AM
salam takziah
makin menjadi-jadi bunuh org skrg ni

Bunuh org sng kalo ada ilmu. Yg susah nak lupuskan body. manusia ni very fragile. Sng rosak Dan dimatikan. Failkan 1 organ je da cukup buat kita menghitung masa.
Quote Kurex 12-12-2023 10:31 AM
gayah kan.. lain kali kenal org jgn sembarangan..
Quote laksmanabentan 12-12-2023 12:17 PM
sesuatu sgt nih.... hihihi...
Quote imanjannah 12-12-2023 12:25 PM
huhu kes bunuh lagi..
Quote zorrro_03 12-12-2023 01:40 PM
zaman skg ramai sgt yang stress.  tak cukup duit. harga barangan meningkat gila babee.  scammer merata2.  makin tak aman hidup kalau terus begini..
Quote gorjeous 12-12-2023 02:42 PM
Hidup makin mencabar...
Quote me12345 12-12-2023 04:07 PM
Byk sgt kes bunuh kat malaysia ni dah..selamat kah rakyat??
Quote tripleid 12-12-2023 04:09 PM
mana tau mangsa gayah??
Quote Noraniza_Iblis 12-12-2023 05:20 PM
Kurex replied at 12-12-2023 10:31 AM
gayah kan.. lain kali kenal org jgn sembarangan..

cmne tau gayah sbb die kene bogel ke?

Quote Kurex 13-12-2023 12:36 AM
Noraniza_Iblis replied at 12-12-2023 05:20 PM
cmne tau gayah sbb die kene bogel ke?

Sebelum ni kan ada kes laki kena bunuh tak pakai baju.. gayah jua kan mangsa tu
Quote aireen24 13-12-2023 01:30 AM
So serial killer ke?

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.209738 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top